Apa yang berlaku ? Pemimpin UMNO tak mahu ambil tahu kes SRC Najib. Seorang pemimpin Umno mempersoalkan sikap pemimpin parti yang berdiam diri ketika bekas presiden parti dan bekas perdana menteri Najib Razak berdepan cabaran sukar dalam rayuan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan.
“Seluruh Umno senyap. Tiada siapa yang mengatakan apa-apa tentang apa yang berlaku,” kata pemimpin itu, yang tidak mahu dinamakan.
Pemimpin Umno itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya berhubung pekerjaan hakim Mohd Nazlan Ghazali dengan sebuah bank.
Najib berkata beliau “terkejut dan amat kecewa” dengan keputusan mahkamah tetapi, menurut pemimpin Umno itu, “tiada apa-apa” diperkatakan dalam kumpulan sembang parti.
“Saya rasa mereka tidak mahu terlibat. Ada yang berkongsi kepercayaannya bahawa dia tidak akan dapat perbicaraan yang adil, tetapi mereka tidak fikir apa yang mereka katakan atau buat akan mengubah keputusan,” kata pemimpin itu kepada FMT. – FMT
Baca: Parti flip-flop PAS bukan rakan yang baik buat kami – UMNO Kedah
PRU15 : PKR tetap akan bertanding di kawasan ini, tiada rundingan dengan parti lain
PH jual Islam dan Melayu? Sajat pun boleh terlepas – Dr Mujahid Yusof