Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Apple Pay Malaysia. Ini cara mudah macam mana nak gunakannya

Seperti yang kami laporkan, Apple Pay sudahpun mula diaktifkan dalam beberapa penyedia servis perbankan. Ini adalah tutorial tentang bagaimanakah anda boleh gunakan Apple Pay untuk kad bank yang menyokongnya.

Peranti manakah yang menyokong Apple Pay?

Apple Pay menggunakan cip NFC (near-field communication) yang terdapat dalam iPhone 6 dan ke atas. Apple Watch juga menyokong Apple Pay, tapi bermula Apple Watch Series 1 dan ke atas

Kad bank manakah yang menyokong Apple Pay?

Sewaktu artikel ini ditulis, kad bank daripada AmBank dan Maybank boleh dimasukkan ke dalam Apple Wallet dan seterusnya diaktifkan dalam Apple Pay. Untuk Ambank, hanya kad kredit sahaja boleh digunakan, sementera untuk Maybank, kad kredit, debit, dan prabayar boleh digunakan.

Cara untuk masukkan kad ke dalam Apple Wallet

Sebelum mula membayar menggunakan Apple Pay, anda perlu tambat kad anda ke dalam Apple Wallet.

Apple Pay Malaysia. Ini cara mudah macam mana nak gunakannya

Apple Pay Malaysia. Ini cara mudah macam mana nak gunakannya

Berikut adalah langkah yang perlu diambil:

1. Lancarkan APP Wallet di iPhone
2. Di penjuru kanan, cari ikon “+”.
3. Pilih “Debit or Credit Card”
4. Tekan “Continue”
5. Imbas kad ataupun masukkan maklumat secara manual
6. Turuti arahan pengesahan daripada bank, biasanya nombor OTP akan dihantar kepada telefon anda.

Cara untuk masukkan kad ke dalam Apple Watch

Sekiranya anda ingin gunakan Apple Pay di Watch, ada langkah tamabahan perlu anda buat:

1. Lancarkan APP Watch di iPhone
2. Skrol kebawah dan tekan Wallet
3. Anda akan nampak kad yang anda masukkan tadi dalam senarai, tekan ADD.
4. Anda kana diminta untuk masukkan nombor keselamatan CVV dan proses pengesahan daripada bank akan berlaku.
5. Cara untuk bayar di kedai fizikal dengan Apple Pay
6. Apple Pay boleh digunakan di kedai fizikal seperti anda gunakan Samsung Pay ataupun kad kredit dan debit.

Untuk telefon yang ada Face ID, anda perlu tekan dua kali butang kuasa. Untuk telefon yang ada Touch ID, anda perlu tekan dua kali butang Home.

Pembayaran menggunakan iPhone memerlukan pengesahan untuk setiap kali pembayaran dilakukan. Jadi, jangan risau akan penyalahgunaan Apple Pay sekiranya anda kehilangan telefon.

Untuk Apple Watch, tekan dua kali butang sisi. Ketika pembayaran, tiada pengesahan dilakukan sebab anda sudahpun masukkan nombor CVV sewaktu proses setup tadi. Namun, jika jam tangan tidak dipakai, fungsi Apple Pay akan dimatikan.

Cara untuk bayar di kedai dalam talian dengan Apple Pay

Apple Pay juga boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian. Platform seperti Shopee, kami laporkan ada logo Apple Pay sewaktu anda ingin lakukan pembayaran.

Apple Pay Malaysia. Ini cara mudah macam mana nak gunakannya

Pembayaran menggunakan Apple Pay lebih mudah di dalam laman web. Anda tak perlukan OTP telefon kerana maklumat yang diteirma Shopee adalah yang jenis sudahpun disulitkan. – Sumber: SoyaCincau

Baca: PROMOSI !! Jualan Clearance Stok Barangan APPLE, Iphone Serendah RM769

Beli barang dari luar negara melalui Shopee & Lazada, selepas ini anda akan dikenakan cukai ini dari kerajaan

“Benda ni dah berkurun dah ada kat sini” Netizen perli Mat Salleh yang teruja lihat ‘teknologi’ ini di Malaysia

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan