Bahaya tahan untuk buang air besar ini kesan negatif yang pakar kesihatan kongsikan. Ramai pasti bersetuju jika kami katakan bahawa membuang air besar adalah satu perkara yang baik untuk diri anda. Kami juga yakin bahawa ramai yang tidak mahu tahan berak kerana tidak ingin mengalami masalah sembelit.
Tetapi ada ketika di mana anda terpaksa menahan diri daripada membuang air besar. Saat-saat ia datang itu kadangkala betul-betul pada masa yang tidak sesuai seperti ketika sedang bermesyuarat atau sedang menunggu bas atau LRT.
Apa keputusan anda? Mahu mencari tandas berdekatan atau tahan berak dan tunggu sehingga tiba dirumah?
Kerap tahan berak? Bahaya ni!
Menurut Alison Chen, pengarang buku What Your Poo Says About You, kita boleh tahan berak tetapi ia tidak boleh dilakukan selalu. Mengapa?
Kerana amalan ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah sembelit. Menurut Alison Chen lagi, semakin lama anda menahan daripada membuang air besar, maka semakin keras najis anda.
Ini kerana semakin banyak kandungan air yang akan diserap keluar daripada najis anda.
Apabila tinja anda menjadi lebih keras, anda akan mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkannya. Bukaan dubur anda berkemungkinan akan mengalami fisur atau koyakan ketika najis dikeluarkan.
Apabila terdapat sebarang koyakan pada bukaan dubur, anda pasti akan merasakan kesakitan selain menyebabkan pendarahan dan mengambil sedikit masa untuk sembuh. Selain itu, anda juga berpotensi untuk mendapat buasir jika najis anda kerapkali menjadi keras.
Anda mungkin tidak tahu bahawa najis yang keras menjadi salah satu penyebab terjadinya buasir.
Respon lebih perlahan ketika membuang air besar
Menurut Spencer Nadolsky, seorang ahli perubatan keluarga, menahan diri daripada membuang air besar boleh menyebabkan rutin membuang air besar berubah.
Apabila kita menahan diri daripada membuang air besar, otot pada rektum akan meregang dan menghantar signal agar tubuh berhenti daripada memberi respon terhadap keperluan untuk mengeluarkan najis.
Ini kemudiannya akan menyebabkan tubuh anda mengeluarkan najis dengan lebih perlahan apabila tiba masanya pada masa akan datang.
Kurangkan risiko masalah sembelit
Untuk mengurangkan risiko anda daripada mengalami sembelit, anda boleh mencuba untuk melakukan perkara-perkara seperti sentiasa bersenam, menambahkan hidangan berserat dalam pemakanan, dan minum lebih banyak air.
Anda juga boleh mendapatkan ubat untuk mengurangkan sembelit seperti laxative dan enema.
Walau bagaimanapun, ia perlu digunakan secara berhati-hati kerana ia kadangkala boleh memburukkan masalah sembelit sedia ada.
Selepas ini, cuba kurangkan diri daripada tahan berak dalam satu masa yang lama. Kami faham ramai yang lebih gemar memilih untuk tidak membuang air besar di tandas-tandas awam kerana faktor bau atau bunyi yang akan dikeluarkan.
Anda boleh menahannya sehingga pulang ke rumah, tetapi jangan jadikannya sebagai satu amalan. Lebih-lebih lagi jika najis anda sudah ‘berada di pintu kastam’ untuk dilepaskan. Takut nanti anda ‘terbuang’ di dalam LRT je.- Hello Doktor
Baca: Kematian mengejut, doktor ini nasihat elak lakukan 3 perkara ini pada bayi
5 perkara ini jangan buat selepas makan, no.2 paling tak sangka
Telan Panadol boleh merosakkan buah pinggang? Doktor ini kongsi kesan buruk makan panadol
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9