Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Banjir punca Roti Gardenia naik harga – CEO Gardenia

GARDENIA

Banjir punca Roti Gardenia naik harga – CEO Gardenia. Pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500, banjir besar yang melanda Shah Alam dan krisis rantaian bekalan global antara faktor mendorong Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) menaikkan harga produknya mulai 1 Sept.

Ini adalah kenaikan kedua dalam tempoh sepuluh bulan. Sebelum itu pengeluar roti itu menaikkan harga produknya antara 10 sen kepada 45 sen pada Disember 2021.

Perubahan harga kali ini membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies daripada RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles daripada RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia daripada RM1 kepada RM1.10.

Semalam, ketua pegawai eksekutif Gardenia KL, Koh Chin Huat dilapor mengesahkan kenaikan harga itu bermula 1 Sept setelah senarai perubahan harga 53 produk Gardenia tular di media sosial hujung minggu lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata cabaran yang dihadapi mereka memberikan kesan besar kepada kos syarikat.

“Dalam beberapa bulan ini, Gardenia KL telah terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung berprotein tinggi (sebanyak 25 peratus); serbuk putih telur (lebih daripada 100 peratus); tepung gandum; gluten; susu skim dan bahan-bahan pembungkusan roti.

“Selain daripada faktor-faktor di luar kawalan ini, pelaksanaan gaji minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan serta banjir melanda kawasan Shah Alam pada Disember 2021 turut memberi kesan kepada kos operasi Gardenia KL,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun Gardenia KL berkata syarikat itu mengekalkan harga roti Gardenia Bonanza Keluarga pada RM2.75 sebuku, iaitu harga mampu-milik untuk roti putih 500 gram (g).

“Roti Bonanza Keluarga Gardenia ini adalah lebih menjimatkan dan sesuai untuk keluarga yang lebih besar. Sebagai perbandingan untuk setiap 100g, roti Gardenia

Bonanza Keluarga (RM0.55) adalah lebih murah berbanding roti Gardenia Original Classic (RM0.75),” jelasnya.

Gardenia KL berkata kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha bagi memaksimakan kecekapan operasi telah dilaksanakan terlebih dahulu.

“Kami kekal komited kepada semua pelanggan kami untuk membekalkan roti segar 365 hari setahun, 7 hari seminggu, tanpa mengira hujan atau panas.- Malaysiakini

Baca: Roti Gardenia naik harga lagi ?

Orang Melaka dah boleh ‘claim’ yang anak jati Melaka ini memang power !

Main gurau-gurau sampai kawan mati terus

Share This Story

Berita Berkaitan