Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Bekas Menteri Besar Selangor meninggal dunia

Bekas Menteri Besar Selangor meninggal dunia

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.

Perkara itu disahkan pentadbir laman Facebook rasmi beliau dalam satu kenyataan, malam ini.

“Dukacita dimaklumkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Besar Selangor meninggal dunia

“Allahyarham pergi dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya,” katanya di laman Facebook itu.

Katanya, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Allahyarham yang berusia 76 tahun, meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

“Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam,” katanya.- Astro Awani

Baca: Jangan isi minyak waktu pagi ? pakcik Shell kongsi rahsia waktu terbaik isi minyak.

Dipaksa Melakukan S3ks Dengan Kucing, Budak 11 Tahun Meninggal Dunia Sebab Depresi

Pekerja Ladang Meninggal Dunia Akibat Dipijak Gajah Di Temerloh

Share This Story

Berita Berkaitan