Kalau anda masih ingat, kami pernah laporkan tentang cukai ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang telah dimumkan sewaktu pembentangan Bajet 2022 lalu. Terkini daripada parlimen, kerajaan sudahpun menetapkan kadar cukai yang bakal dikenakan ke atas LVG.
Berdasarkan pindaan ke atas Akta Cukai Jualan 2018, LVG yang bernilai di bawah RM500 yang dibawa masuk ke Malaysia daripada luar oleh penjual tempatan ataupun luar akan dikenakan cukai berkadar rata 10%. Hasilnya, semua pembelian dalam talian anda yang jenis “shipped from oversea” bakal dikenakan cukai, tidak terhad kepada Lazada ataupun Shopee sahaja.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Shahar Abdullah, kerajaan dijangka mampu memungut sekitar RM200 juta setahun bersumberkan cukai ini.
Situasi masa ini adalah cukai jualan dikenakan ke atas semua barang bercukai sama ada yang dihasilkan di Malaysia ataupun yang diimport dari luar Malaysia. Namun, pengecualian diberikan ke atas barang bernilai tidak melebihi RM500 (LVG) yang masuk melalui lapangan terbang antarabangsa terpilih.
Inilah yang ingin diubah kerajaan. Mereka ingin memansuhkan pengecualian yang telah dinikmati penjual luar sejak sekian lama. Dengan pemansuhan ini, semua penjual tak kiralah sama ada penjual tempatan ataupun luar negara akan menghadapi persaingan yang lebih adil.
Jiran kita Singapura terlebih dahulu mengumumkan langkah serupa. Republik itu dilihat lebih proaktif apabila dokumen tentang tatacara memeungut cukai LVG sudahpun diterbitkan seawal 30 Julai 2021.
Di sana, cukai ke atas LVG yang dibawa masuk dikenakan pada kadar 7% ke atas barang bernilai melebihi SGD400.
Sumber: FMT, The Edge Market
Baca: Kos barang naik hanyalah ‘Drama’ kerajaan
Kos barang naik hanyalah ‘Drama’ kerajaan
PROMOSI !! Jualan Clearance Stok Barangan APPLE, Iphone Serendah RM769
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9