Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Berang rakan buat laporan penyelewengan wang ke SPRM suspek toreh tangan rakan dengan pisau

Berang rakan buat laporan penyelewengan wang ke SPRM suspek toreh tangan rakan dengan pisau

Berang rakan buat laporan penyelewengan wang ke SPRM suspek toreh tangan rakan dengan pisau. Polis menahan seorang lelaki yang bertindak menoreh tangan kiri kenalan lelakinya dengan pisau akibat perselisihan faham, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai, siasatan mendapati mangsa berusia 42 tahun berselisih faham dengan seorang lelaki yang dikenalinya berusia 36 tahun ketika berada di hadapan salun di Batu 5, Jalan Ipoh.

“Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 4 petang semalam. Punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan wang yang dibuat oleh mangsa ke atas suspek.

“Semasa pertelingkahan di tempat kejadian suspek bertindak menoreh tangan kiri mangsa dengan menggunakan sebilah pisau,” katanya dalam kenyataan.

Eng Lai berkata, pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur mendapati mangsa mengalami kesan luka sedalam tiga sentimeter dan perlu menjalani pembedahan.

Katanya, suspek mempunyai tiga rekod pelbagai kesalahan jenayah lampau dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.- FMT

Baca: [Video] Ajaran sesat Hadi ? Boleh pula sentuh dan peluk perempuan

Berita gembira bagi penjawat awam kerajaan akan beri elaun tambahan bagi yang ada kemahiran ini

Tak puas hati rambut kena potong pelajar pukul cikgu dengan batang penyapu

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan