Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Berani ! Rider GRAB jadi hero selamatkan wanita diragut

Berani ! Rider GRAB jadi hero selamatkan wanita diragut

Berani ! Rider GRAB jadi hero selamatkan wanita diragut. Rider penghantar makanan menjadi ‘first responder‘ bukanlah perkara asing di dalam negara ini. Dalam beberapa rakaman insiden kejadian, pastikan akan kelihatan kelibat rider penghantar makanan memberikan bantuan.

Terbaharu, seorang rider GrabFood meraih pujian orang ramai apabila dia meluru merempuh motosikal milik peragut untuk selamatkan mangsa insiden jenayah itu.

Pada awal video tersebut ada seorang wanita memakai baju kelawar kuning hitam sedang jalan seorang diri di sekitar kawasan Menara Felda FGV. Tiba-tiba datang dua lelaki menaiki motosikal melawan arah mengekori wanita itu dari belakang.

Sejurus itu berlaku bergelutan di antara salah seorang peragut dengan wanita terbabit sehingga ke tengah-tengah jalan. Kejadian itu disedari oleh beberapa pengguna jalan raya lain yang mula memberhentikan kenderaan untuk memberikan bantuan.

Beberapa saat kemudian, datang seorang rider GrabFood meluru merempuh motosikal peragut untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Beberapa kenderaan awam lain berhenti dan segera membantu mangsa dan rider tersebut.

Tindakan orang ramai itu telah mendapat pujian pengguna media sosial, hasil kerjasama antara satu sama lain berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut.

Daripada hantaran Facebook Ronell Rekk, kedua-dua peragut telah berjaya ditahan orang ramai dan diserahkan kepada anggota polis untuk diambil tindakan lanjut.

Pada masa sama, netizen turut memuji keberanian wanita ‘berbaju kelawar’ itu kerana begitu berani melawan peragut sehingga menyebabkan kedua-duanya berjaya ditangkap.

Orang ramai juga mengecam kedua-dua lelaki itu kerana dilihat sihat tubuh badan mereka, namun sanggup melakukan jenayah yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang tidak bersalah.- TheVocket


Baca: Lelaki malang terpotong zakar sendiri ketika sedang tidur

Lawak dapat malu pun dapat, rider GRAB buat aksi kungfu di traffic light bikin geli hati netizen

Tragis ! Kanak-kanak maut disambar petir ketika berbual ditelefon sambil mengecas

Share This Story

Berita Berkaitan