Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Bergaduh sampai mati di Pulau Pinang, warga Bangladesh jadi dalang

BANGLA

Bergaduh sampai mati di Pulau Pinang, warga Bangladesh jadi dalang. Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut dipercayai dibunuh rakan senegara dalam pergaduhan berhampiran astaka Bukit Gedung, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, 32, yang bekerja sebagai tukang cuci ditemukan terbaring di kawasan parkir terbabit, kira-kira lima meter dari lokasi dilaporkan berlaku pergaduhan sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan terbabit kira-kira jam 11 malam dan sebaik bergega ske lokasi, mangsa ditemukan terbaring dan mengalami kecederaan akibat tikaman pada badan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan susulan itu, polis menahan empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 45 tahun.

“Semua yang ditahan bekerja sebagai tukang cuci, pekerja kedai runcit, operator kilang dan buruh binaan,” katanya ketika dihubungi.

Kamarul Rizal berkata, semua suspek direman tujuh hari hingga 28 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sementara itu, peniaga makanan di astaka berhampiran Flet Bukit Gedung yang hanya ingin dikenali Abdul Rahim, mengakui didatangi seorang lelaki meminta bantuan kerana mendakwa rakannya mengalami kecederaan.

“Saya lihat mangsa berlumuran darah dan kira-kira 10 minit kemudian, dia tidak lagi bergerak.

“Saya dapat tahu dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian,” katanya.- Berita Harian

Baca: Isu Buli MRSM : Bagi memastikan MRSM tempat yang selamat, MARA akan pindahkan pelajar bermasalah ke sekolah lain

Bangunan kubur runtuh 4 terbunuh

Menakutkan ! Kisah ngeri ini jadi sebab kenapa kena berhati-hati berkawan di media sosial..

Share This Story

Berita Berkaitan