Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Berita gembira bagi penjawat awam kerajaan akan beri elaun tambahan bagi yang ada kemahiran ini

Berita gembira bagi penjawat awam kerajaan akan beri elaun tambahan bagi yang ada kemahiran ini. Kerajaan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka.

Bagaimanapun, dasar untuk tidak membayar sebarang elaun bagi mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris kekal.

Penjawat awam yang layak dibenarkan menuntut elaun bagi maksimum dua bahasa asing.

Dalam surat edaran bertarikh 28 Julai dilihat FMT, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shafiq Abdullah, berkata elaun bulanan bagi penjawat awam dengan kemahiran asas dan pertengahan akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Berita gembira bagi penjawat awam kerajaan akan beri elaun tambahan bagi yang ada kemahiran ini
Gambar hiasan

Bagi penjawat awam dengan kemahiran lanjutan, bayaran dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Elaun khas untuk kemahiran bahasa asing ini diperkenalkan pada 2009.

Bahasa yang layak bagi elaun ini termasuk bahasa Arab, Mandarin, Jepun, Perancis, Rusia, Sepanyol dan mana-mana bahasa rasmi lain di negara tempat penjawat awam terbabit bertugas.

“Selaras dengan perkembangan perhubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara luar, kemahiran berkomunikasi dengan penggunaan bahasa asing adalah penting dewasa ini bagi membantu memudahkan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan,” menurut JPA dalam pekeliling pada 2009.

Mereka yang layak menerima elaun ini ialah pegawai berkhidmat di luar negara dan menggunakan kemahiran bahasa asing semasa menjalankan tugas atau pegawai berkhidmat di Malaysia yang diarah melaksanakan tugas rundingan di peringkat antarabangsa.

Pada Februari Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata wakil Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu pada setiap majlis rasmi, termasuk mesyuarat antarabangsa, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Katanya, beliau menggunakan bahasa Melayu ketika mengadakan mesyuarat dua hala dan sidang media bersama.- FMT

Baca: Ramai tertanya kenapa Grab Food dan Food Panda mogok hari ni. Ini sebabnya?

Beli barang dari luar negara melalui Shopee & Lazada, selepas ini anda akan dikenakan cukai ini dari kerajaan

Rupanya ini sebab kenapa Kapten Syers dalam Filem Mat Kilau tak mati dibunuh

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan