Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Berita gembira buat guru-guru ! Cuti rehat dan bantuan khas daripada kerajaan

BANTUAN

Berita gembira buat guru-guru ! Cuti rehat dan bantuan khas daripada kerajaan. Kerajaan bersetuju menambah kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah 15 hari kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat lebih 10 tahun.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia memberi manfaat kepada 500,000 guru bagi urusan mustahak dan kecemasan.

“Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

“Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi,” jelasnya.

Pengumuman itu dibuat ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Kerajaan juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023- Astro Awani

Baca: Bayi malang meninggal di rumah pengasuh, ada kesan lebam dan pendarahan

Syaitan bertopeng manusia, guru Quran rogol remaja perempuan OKU beberapa kali sebelum diselamatkan pihak berkuasa

[Video] Guru ajar murid guna Kondom undang pelbagai reaksi netizen

Share This Story

Berita Berkaitan