Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Biasa dengar netizen kecam artis, kali ni artis ‘kecam’ balik netizen

KECAM

Biasa dengar netizen kecam artis, kali ni artis ‘kecam’ balik netizen . Di Instagram, pelakon, Aeril Zafrel membidas komen seorang netizen yang mempersoal tindakannya berkongsi video ketika menonton perlawanan bola sepak di Old Trafford baru-baru ini. Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan, Aeril dilihat sangat kecewa apabila dituduh sengaja menunjuk-nunjuk selepas berpeluang menjejaki stadium yang terletak di Manchester itu.

Ni pertama kali saya masuk

komen

Individu berkenaan mempersoalkan kenapa Aeril tidak merakam video sekiranya masuk ke stadium di Malaysia. Bukan itu sahaja, Aeril turut didakwa ‘berlagak’ dan mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia mampu menonton perlawanan hebat berkenaan.

Bagi memberi kepuasan kepada individu tersebut, Aeril menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama dia mengunjungi ke stadium. Jadi adakah salah untuk merakam video kenangan yang penuh bermakna itu? Terdahulu, perlawanan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan MU menewaskan musuh tradisi mereka Liverpool dengan 2-1.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen ‘cemburu’ melihat video yang dikongsikan Aeril. Mereka berharap dapat menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut secara ‘live’ suatu hari nanti. Rakan artis turut bergurau dan mendakwa Aeril menggunakan ‘skrin hijau’ untuk menghasilkan video tersebut.

Sumber: Aeril Zafrel

Baca: [Video] Seram ! Bayang wajah artis di lantai bertukar semasa buat rawatan

Billie Eilish membawa agenda LGBT di Malaysia ?

Seram ! Upacara Ma’Nene tradisi pelik di Indonesia ini masih lagi diamalkan di sana

Share This Story

Berita Berkaitan