Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Budak ada ‘mata ketiga’ nampak sesuatu disebalik semak…

Budak ada ‘mata ketiga’ nampak sesuatu disebalik semak… “Emak nak balik, tapi dia tak mampu jelmakan diri di dunia nyata,” begitulah respon sayu Sadiah Mohari mengenai misteri kehilangan ibunya yang kini sudah masuk hari keenam.

Terdahulu Painah Siwan, 79 ataupun nama panggilannya Wak Painah gagal dikesan selepas dikatakan masuk ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang, Batu Pahat sekitar petang Rabu lalu.

Subhanallah terlepas tangan, nak tarik keluar tak mudah…terduduk je mak dia kat situ, tak boleh tarik sebab alam berbeza

Malah beberapa hari lepas, tularnya satu rakaman memaparkan gelagat salah seorang waris dipercayai berjaya mengesan Wak Painah di suatu lokasi search & rescue (SAR). Meskipun cuba untuk menarik tangan ibunya, bagaimanapun usaha tersebut gagal sebelum si anak pengsan dipercayai akibat sudah lemah semangat.

Anak tunjuk kawasan semak berulang kali…katanya ‘dia’ nak ambik orang

Dalam pada itu, seorang lelaki bernama Hadi berkongsi reaksi anak perempuannya yang ternampak ‘sesuatu’ di sebalik semak dalam rakaman terbabit. Sambil menjelaskan ciri fizikal entiti misteri berkenaan, si cilik berusia 2 tahun ini turut menyatakan ia seolah-olah tidak mahu melepaskan warga emas tersebut.

Dia yang dapat tengok tapi kita pula rasa meremang…semoga mak balik dengan selamat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui sedih tapi agak ‘merinding’ mendengar penjelasan kanak-kanak yang hijab matanya terbuka itu.

Sambil menitipkan doa agar Wak Painah ditemui dalam keadaan yang selamat, mereka turut berharap waris keluarga tabah menghadapi dugaan tersebut.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Pelajar beri ‘hint’ dalam karangan peperiksaan sebelum maut dalam kemalangan

Tun M dimasukkan ke IJN, positif Covid

Kejam! Lelaki ini penggal kepala ibu sendiri buat sup lada

Share This Story

Berita Berkaitan