Bukan main-main ni, aksi ‘King’ tarik Lori trak besar cetus kagum netizen. Pada tahun lalu orang ramai berasa kagum apabila melihat sebuah Myvi dirakam menarik sebuah lori dipercayai rosak di sebuah lebuh raya.
Baru-baru ini pula, seorang pengguna TikTok @labus27 telah menarik perhatian ramai apabila kereta Myvi yang sedang dinaikinya sedang menarik sebuah Shacman, lori trak buatan China.
@labus27 MyVi King 👑 serba boleh ley. Hargailah dan Bersyukurlah pada yang masih pakai MyVi ya 🤙🏻😁👌🏻. #Tanker #JarangTakLipat #JarangTakGongcang #RempitFighter #LawanTetapLawan ♬ Return of the Tres – Delinquent Habits
Walaupun saiz lori trak itu berkali-kali ganda lebih besar daripada kereta keluaran Malaysia itu, namun kelihatan Myvi itu tidak menghadapi sebarang masalah untuk menunda lori berkenaan.
Netizen yang menonton video itu berasa terkesima apabila melihat ‘kemampuan’ kereta Myvi itu dengan tenang sahaja menarik kenderaan bersaiz besar itu.
Bagaimanapun menurut pemilik video berkenaan, dia mendakwa lori trak itu hanya boleh ditarik menggunakan Myvi sekiranya kenderaan besar itu tidak mempunyai sebarang muatan di belakangnnya. – TheVocket
Baca: Aksi Myvi ini buat netizen keliru apa sebenarnya yang dia cuba nak buat
MyVi kalau tak buat hal satu hari tak sah ! Kali ini hampir langgar pejalan kaki pula
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9