Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Cuaca buruk melanda 7 negeri hari ini – 30 Ogos 2022

Cuaca buruk melanda 7 negeri hari ini – 30 Ogos 2022. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri sehingga 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Kelantan, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, sementara Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian, selain Sarawak pula melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Kapit (Song),” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Siap sedia dengan sebarang kemungkinan di Hari Merdeka ini

Diri sendiri terpalit dengan kes rasuah, kini anggap diri ‘mangsa’ ugutan pula

Trak rempuh beberapa individu sampai mati

Share This Story

Berita Berkaitan