Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Dah tak ada tempat lain nak buat ‘projek’ ke? Pasangan ini selamba biarkan orang lain tonton aksi memalukan tersebut

PROJEK

Dah tak ada tempat lain nak buat ‘projek’ ke? Pasangan ini selamba biarkan orang lain tonton aksi memalukan tersebut. Sepasang kekasih ditahan melakukan hubungan seks ketika menaiki roda Ferris di Ohio pada Ahad.

PROJEK

David Davis dan Heather Johnston masing-masing berusia 32 tahun dikatakan melakukan perbuatan itu taman hiburan ketika suasana gelap.

Perbuatan itu disedari pengunjung lain termasuk kanak-kanak bawah umur, kata polis Sandusky kepada agensi media tempatan.

Bagai tidak bersalah apabila pasangan itu hanya mentertawakan pengunjung lain yang melihat perbuatan itu, kata saksi kepada penyiasat.

Dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan – di bawah usia 18 tahun – yang turut menaiki roda Ferris itu turut melihat perbuatan terkutuk berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis.

Pasangan itu pada mulanya menafikan kejadian dan mendakwa Johnston hanya membongkok untuk mengambil sekotak rokok yang terjatuh, lapor WKYC.

Mereka kemudiannya mengaku selepas mengetahui dua daripada penonton adalah kanak-kanak bawah umur.- HMetro

Baca: Sembunyi bawah katil, lelaki ini dicekup buat ‘projek’ dengan wanita yang baru dikenali tak sampai 24 jam

Memalukan ! Penceramah bergelar Ustaz rogol gadis 14 tahun dicekup selepas buat ‘projek’ beberapa kali

Jangan lakukan seks selama lapan minggu bantu elak sebar virus Cacar Monyet

Share This Story

Berita Berkaitan