Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Degil masih beroperasi premis judi di Melaka terima nasib ‘malang’

Degil masih beroperasi premis judi di Melaka terima nasib 'malang'

Degil masih beroperasi, premis judi di Melaka terima nasib ‘malang’. Meskipun pernah beberapa kali diserbu, lima premis perniagaan di sini dikesan masih aktif menjalankan aktiviti perjudian dalam talian dengan berselindung di sebalik penjualan barangan telekomunikasi.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, hasil risikan pihaknya mengesan kegiatan itu dan menggerakkan Op Bersepadu Elektrik, hari ini yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Lim Meng Seah.

Degil masih beroperasi premis judi di Melaka terima nasib 'malang'

Katanya, 28 pegawai dan anggota terbabit operasi di Semabok Perdana 2, Kandang dan Alai bersama 15 pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pemotongan elektrik bertujuan mengelakkan premis berkenaan aktif semula dan terus menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

“Hasil siasatan kita dapati kesemua premis pernah diserbu beberapa kali sebelum ini, namun pemiliknya masih berdegil dan terus beroperasi dengan berselindung di sebalik perniagaan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan.

Zainol berkata, sejak Januari lalu, 100 premis menjalani pemotongan elektrik kerana menjalankan aktiviti haram itu.

Katanya, daripada jumlah itu, 65 premis di Melaka Tengah, Alor Gajah (17) dan Jasin (18).

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001),” katanya yang memberitahu Polis Melaka turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat laman sesawang perjudian.- HMETRO


Baca: Hati-hati dengan Jurutera Petroleum, wanita ini jadi mangsa

Anak-anak kita hari ini adalah mangsa Pedofil ! Ketahui modus operandi penjenayah pedofil ini

Buku Bertemu Ruas, Scammer Kena Santau Dengan Mangsa Sampai Muntah Paku

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan