Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Denda RM250 kalau degil tak nak pasang Jalur Gemilang

PASANG

Denda RM250 kalau degil tak nak pasang Jalur Gemilang. Premis perniagaan yang tidak memasang Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini akan dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM250.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata inisiatif tindakan ini bertujuan memberi kesedaran berhubung kepentingan dan nilai kemerdekaan, sekali gus menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negara.

“Kita akan menyerahkan notis pemasangan bendera kepada premis perniagaan petang ini (semalam).

PASANG

“Kompaun sebanyak RM250 akan diberikan kepada premis perniagaan yang gagal mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang ketika sambutan merdeka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022 di Bangunan MBI di sini hari ini.

Rumaizi berkata, bagaimanapun pihaknya mengambil pendekatan untuk menasihati pemilik premis yang tidak memasang Jalur Gemilang terlebih dulu sebelum mengenakan tindakan berkenaan.

“Pendekatan itu diambil tertakluk mengikut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan, kerana melanggar syarat lesen seperti syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.

“Memang akan ada tindakan kompaun, tetapi biasanya kita akan menasihati pemilik premis terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesyorkan penduduk mengibarkan bendera sepanjang bulan kemerdekaan ini.

“Apa yang paling penting semangat dan jiwa kita untuk menyambut kemerdekaan itu lebih utama,” katanya.- Berita Harian

Baca: Bukan hanya di sekolah, di fasiliti KKM juga ada kes buli, Doktor ini kongsi cerita

Lelaki ‘gila’ gunting bendera Malaysia

Lima beradik mati keracunan di Melaka, ini cerita sebenar yang berlaku

Share This Story

Berita Berkaitan