Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

“Dua lelaki pulang selepas melakukan sesuatu” Ini sebab filem Thor Love & Thunder di Haramkan

THORKISS

“Dua lelaki pulang selepas melakukan sesuatu” Ini sebab filem Thor Love & Thunder di Haramkan. Pengharaman filem ‘Thor: Love and Thunder’ di Malaysia berikutan terdapat unsur LGBT di dalamnya. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Zahidi Zainul Abidin kementeriannya sedang mengkaji untuk mempertingkatkan undang-undang bagi menghalang filem yang mempromosikan ideologi yang tidak selaras dengan agama dan budaya bangsa Malaysia.

ZAHIDI
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin
  • Filem Thor diharamkan tayangannya di Malaysia berikutan punya unsur LGBT – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
  • Sebelum ini kementerian terbabit juga telah melaksanakan pengharaman terhadap filem Buzz Lightyear, disebabkan faktor sama.
  • Menurut Zahidi kebanyakan filem sekarang diisi dengan unsur-unsur LGBT secara meluas dan ini adalah salah satu usaha yang dibuat bagi normalisasikan gaya hidup songsang mereka.
  • Pengharaman filem ‘Thor: Love and Thunder’ di Malaysia berikutan terdapat unsur LGBT di dalamnya.

    Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Zahidi Zainul Abidin kementeriannya sedang mengkaji untuk mempertingkatkan undang-undang bagi menghalang filem yang mempromosikan ideologi yang tidak selaras dengan agama dan budaya bangsa Malaysia.

    “Kebelakangan ini, terdapat filem yang gagal melepasi penapisan kami iaitu filem terbaru Thor,” katanya.

    “(Ia diharamkan) kerana ia menyebut LGBT tetapi kita lihat sekarang ini terdapat banyak filem berunsur LGBT yang terlepas daripada penapisan.”

    Beliau juga menegaskan bahawa elemen LGBT dalam filem semakin halus hari ini.

    Sebagai contoh, Zahidi merujuk filem mengenai tokoh sejarah Alexander the Great, yang ditontonnya semasa beliau masih muda.

    Terdapat satu adegan dalam filem itu di mana Alexander dan orang kepercayaannya pulang dari suatu tempat dengan wajah letih, membayangkan bahawa kedua-duanya telah “melakukan sesuatu”

    “Itulah cara mereka mempromosikan LGBT,” katanya sambil menambah, “sekarang terdapat banyak filem di televisyen, yang lulus (penapisan), penuh dengan unsur LGBT.”

    “Jadi jika ada mereka yang terlepas daripada penapisan, kami meminta masyarakat membantu kami.”

    Sumber: Says

    Share This Story

    Berita Berkaitan