Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Dua pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita penceramah bebas tak mengaku bersalah

Dua pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita penceramah bebas tak mengaku bersalah. Seorang penceramah bebas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar hari ini atas dua pertuduhan mengugut serta menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.

Dua pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita penceramah bebas tak mengaku bersalah
Gambar: Free Malaysian Today
  • Penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kangar atas dua pertuduhan mengugut serta menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.
  • Suspek didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di sebuah rumah di Jalan Melati Indah, Beseri pada pukul 5 petang 14 Julai lalu.
  • Mengikut pertuduhan pertama, suspek didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
  • Pertuduhan kedua pula, suspek didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  • Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi dua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
  • Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kes.
  • Seorang penceramah bebas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar atas dua pertuduhan mengugut serta menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.

    Tertuduh, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 38, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md Ali, lapor Astro Awani pada Selasa.

    Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Center Malaysia Perlis didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa iaitu wanita berusia 38 tahun di sebuah rumah di Jalan Melati Indah, Beseri pada pukul 5 petang 14 Julai lalu.

    Perbuatan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

    Manakala pertuduhan kedua, Muhammad Zamri didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut untuk membunuh.

    Bagi pertuduhan ini tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dimana memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail manakala Muhammad Zamri diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

    Mahkamah bagaimanapun membenarkan Muhammad Zamri diikat jamin RM6,000 bagi dua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

    Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

    Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kes.

    Bagaimanapun menurut sumber The Merdeka Times,mangsa telah menarik balik laporan polis pada minggu lepas.

    Sumber : Astro Awani

    Baca: Memalukan ! Penceramah bergelar Ustaz rogol gadis 14 tahun dicekup selepas buat ‘projek’ beberapa kali

    “Salahkan Mangsa Rogol” Pengerusi Tahfiz Dikecam Teruk Netizen Selepas Buat Kenyataan ‘Bodoh’

    Penduduk bantah bina kuil dakwa cetus ketidakharmonian agama

    —————————————————————————

    Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

    Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
    Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
    Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
    Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
    Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

    Share This Story

    Berita Berkaitan