Ejek polis lepas kena tegur, lelaki kena kecam perangai macam budak-budak. Satu rakaman video dashcam mencuri perhatian ramai apabila seorang penunggang motosikal tidak memakai topi keledar telah ditegur oleh anggota polis yang kebetulan melalui di hadapannya.
Pada awal video tersebut, beberapa orang rider penghantar makanan termasuk penunggang motosikal terbabit sedang menunggu lampu isyarat merah.
Walaupun dia mengetahui dirinya berbuat salah (tidak memakai topi keledar), namun dia tetap ‘berani’ untuk duduk paling hadapan sekali di persimpangan jalan raya tersebut.
📍Tebrau,Johor Bahru
Ingatkan kepala batu bila land rover block terus…. hmmm lemahhhh pic.twitter.com/rQUlQHL1RI
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) August 21, 2022
Tidak lama kemudian, sebuah ‘Pajero Polis’ berhenti di hadapannya dan penunggang motosikal itu segera memakai topi keledar sejurus anggota polis di dalam pajero itu menegurnya.
Rakaman video yang tular itu membuat orang ramai berasa geli hati dengan tindakannya yang ‘berani tidak kena tempat’ itu memakan diri sendiri.
Pada masa sama, netizen berasa kurang senang apabila melihat penunggang motosikal itu menjelirkan lidahnya selepas ‘Pajero Polis’ beredar setelah menegur kesalahannya.
Ha cuak 😂 https://t.co/muFvkQnxtT
— En Amir ✌️ (@EnAmir3) August 21, 2022
Nyata orang ramai, pihak berkuasa boleh sahaja terus menyaman penunggang motosikal itu kerana dia terbukti melakukan kesalahan yang boleh membahayakan dirinya serta orang lain.- The Vocket
Billie Eilish membawa agenda LGBT di Malaysia ?
Gempar ! Lelaki bunuh adik sebelum gantung diri sampai mati di Perak