Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Fesyen seksi ! Pakai tudung tapi nampak bentuk badan, artis ini terima teguran netizen

Fesyen seksi ! Pakai tudung tapi nampak bentuk badan, artis ini terima teguran netizen. Seperti yang kita tahu, ramai selebriti tempatan telah menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2022) yang berakhir pada Ahad lalu.

Tidak melepaskan peluang, pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha turut hadir ke acara setiap tahun itu. Menerusi Instagram Hannah, wanita berusia 26 tahun ini tampil menggayakan busana elegan hasil rekaan salah seorang pereka fesyen tempatan. Wow cantiknya!

Delisha

Meskipun penampilan Hannah dilihat sangat elegan pada acara tersebut, pelakon drama ’30 Pesanan Suara’ ini tidak terlepas menjadi bualan segelintir netizen di media sosial. Menurut netizen, fesyen Hannah yang seolah-olah memakai ‘bengkung’ di luar persalinan tersebut dianggap kurang sesuai sebagai seorang yang membawa imej muslimah.

Ujar netizen lagi, bentuk badan Hannah jelas kelihatan apabila dia memakai persalinan berkenaan. Bukan itu sahaja, ada juga individu yang membuat perbandingan mengenai penampilan Hannah yang lebih sopan dan sejuk mata memandang ketika mula berhijab dahulu.

Delisha

Menjengah di ruangan komen, netizen memberitahu bahawa mereka sangat menyayangi pelakon tersebut. Teguran yang diberikan itu merupakan teguran kasih sayang dan mereka berharap Hannah dapat mengambilnya sebagai sesuatu yang positif pada masa hadapan.

Sumber: Hannah Delisha

Baca: Dah tak ada tempat lain nak buat ‘projek’ ke? Pasangan ini selamba biarkan orang lain tonton aksi memalukan tersebut

Ada 8 sebab kenapa Movie Thor Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia, sebab ke-4 ni memang winn ?

Pura-pura Pengsan Elak Ditahan Polis, Cetus Rasa Geli Hati Netizen

Share This Story

Berita Berkaitan