Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Filem ini mampu kalahkan Mat Kilau dengan mudah…

Filem ini mampu kalahkan Mat Kilau dengan mudah… Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa telah berjaya mengutip RM8 juta selepas empat hari ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 25 Ogos yang lalu.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Redza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Iman Corrine, Scha Alyahya, Carmen Soo dan lain-lain, filem ini juga dikatakan sebagai “…antara filem terbaik Malaysia setakat ini”.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga khabarnya akan ‘terbang’ menerjah pawagam di Korea, Jepun dan Taiwan tidak lama lagi.

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, diharapkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menyokong filem patriotik ini di samping sama-sama dapat memupuk lagi semangat cintakan negara.

Bagi yang ingin membaca ulasan filem ini, wartawan terkemuka, Syahril A. Kadir telah berkongsi ‘review’ ringkas filem ini di laman Facebooknya berikut:

BERAPAKAH perbelanjaan untuk menghasilkan filem aksi jet pejuang Top Gun: Maverick? Kosnya mencecah RM700 juta!

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Melampau ! Penyanyi seksi hina sekolah agama

Share This Story

Berita Berkaitan