Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Gangguan Air di Selangor hari ini. Bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor

Gangguan Air di Selangor hari ini. Bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor. Sebanyak 188 kawasan daerah Hulu Selangor mengalami gangguan air bermula hari ini hingga Khamis berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di loji rawatan air (LRA) Sungai Rasa.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata gangguan air yang bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya di semua kawasan terbabit pada 1:00 pagi Khamis ini.

Gangguan Air di Selangor hari ini. Bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor

“Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset ini dijangka akan siap pada 9 malam hari ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor Wilayah Petaling dan Gombak.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air di Batu Caves dan Damai Utama, Puchong,” katanya.

Tambahnya, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor – FMT

Baca: Bersiap sedia gangguan bekalan air di 188 kawasan bermula 9 ogos ini

Tarif Air Naik 1 Ogos ini. Kenaikan masih dianggap rendah

Harga tetap minyak masak sawit ini bawa rahmat kepada rakyat

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan