Gerakan Tanah Air bukan perkauman. Tun M pertaruh 120 kerusi bagi GTA lawan penyelewengan UMNO di PRU 15. Tun Dr Mahathir Mohamad mempertaruhkan calon Gerakan Tanah Air (GTA) di 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja gagasan baharu itu akan memperjuangkan hak-hak orang Melayu sebagai keutamaan di mana kesemua kerusi yang bakal dipertaruhkan diletakkan di kawasan majoriti penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia bagi melawan UMNO.

“Usaha kita tertumpu untuk melawan parti melayu yang menyeleweng iaitu UMNO,” katanya.
Menurutnya, GTA yakin dapat menumpaskan UMNO pada PRU15 kerana parti itu hanya memenangi 35 peratus sahaja pada PRU sebelum ini.
“Selebihnya 65 peratus ada yang tidak keluar mengundi,” katanya.
Beliau berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Melayu, ahli akademik, orang perseorangan dialu-alukan dan dijemput menyertai GTA.
“Bukan kerana perkauman tetapi usaha ini adalah untuk menentang parti Melayu yang menyeleweng dan terlibat dengan rasuah dan sebagainya,” katanya.
Apabila ditanya mengenai bakal calon yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya GTA memenangi PRU15, Tun Dr Mahathir berkata ia belum diputuskan dan akan diputuskan selepas memperolehi kemenangan. – SabahNews
Baca: Tun M akan tubuhkan gagasan baharu dengan agenda Melayu Islam
Kerajaan Melaka bergolak dan konflik Rauf dan Sulaiman hanya isu kecil – MKT UMNO
Pakatan Harapan dalam tekanan jika DUN dibubarkan
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9