Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Gila nak jadi PM, parti pun berpecah, susah GTA nak kerjasama dengan PN

Gila nak jadi PM, parti pun berpecah, susah GTA nak kerjasama dengan PN. Gerakan Tanah Air (GTA) belum membuat sebarang keputusan muktamad untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin walaupun dua pemimpin gabungan itu telah mengadakan pertemuan sebelum ini.

Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata pertemuan dengan Muhyiddin sebelum ini hanya pertemuan biasa dan bukannya memuktamadkan kerjasama politik dua gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Dia (Muhyiddin) boleh datang bincang, tapi apa keputusannya (oleh GTA), lainlah (belum muktamad), sebab mereka pun berpecah. Mereka perlu susun gerakan mereka semula.

“Kita di peringkat (GTA) tak buat sebarang keputusan muktamad dan tak bincang lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semangat Merdeka di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dalam perkembangan sama, Mahathir turut menyifatkan langkah Muhyiddin tidak lebih untuk memastikan presiden Bersatu itu menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Mereka, PN bukan berjuang untuk agama, bangsa dan negara sebaliknya berjuang nak jadi perdana menteri. Boleh dapat duit banyak, dapat kuasa, boleh salah guna kuasa, itulah perjuangan mereka,” katanya.

Mahathir turut mendakwa Muhyiddin mengamalkan korupsi apabila bertindak menawarkan pelbagai jawatan semasa menjadi perdana menteri.

“Cara dia (Muhyiddin) mentadbir dengan memberi tempat kepada siapa sahaja sokong dia, semua dapat jawatan taraf menteri itu korupsi,” katanya.

Berhubung pendaftaran GTA, Mahathir berkata gabungan itu akan menghantar permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 6 Sept ini.

Muhyiddin, sebelum ini berkata PN tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan GTA bagi menghadapi PRU15 dan dirinya telah mengadakan pertemuan dengan Mahathir.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : UMNO sekarang berjuang hanya nak tipu rakyat sahaja

Diri sendiri terpalit dengan kes rasuah, kini anggap diri ‘mangsa’ ugutan pula

Peluang Najib cerah kekal dipenjara

Share This Story

Berita Berkaitan