Gila ! Nak nampak kacak lelaki bedah hidung sendiri tiru tutorial di youtube. Tindakan seorang lelaki di Brazil mengundang padah apabila dia terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan gara-gara melakukan pembedahan hidung pada dirinya dengan hanya mengikuti ‘tutorial‘ di laman Youtube.
Difahamkan, lelaki berkenaan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Campo Limpo pada minggu lalu kerana mengalami jangkitan kuman selepas dia cuba melakukan rhinoplasty surgery pada dirinya dengan hanya melihat cara-cara pembedahan di laman Youtube.
Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut menemui pelbagai jenis cara-cara untuk melakukan pembedahan tanpa berjumpa dengan doktor pakar termasuklah cara untuk membedah hidung sendiri.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut memberitahu doktor bahawa dia tidak menggunakan sarung tangan ketika melakukan prosedur. Lebih mengejutkan lagi apabila tidak membersihkan luka dan tidak membuka jahitannya.
Lelaki berkenaan turut memaklumkan bahawa dia menggunakan alkohol untuk membasmi kuman di kawasan pembedahannya itu serta ubat bius untuk menghilangkan rasa sakit. Setelah selesai ‘membedah’ dirinya, dia kemudiannya menggunakan benang yang boleh menyerap sendiri dan gam kuat untuk menutup luka jahitannya.
Susulan daripada kejadian itu, doktor pakar telah memberi amaran bahawa prosedur pembedahan seperti itu bukan sahaja boleh menyebabkan kesan yang bertentangan dengan yang diingini, namun ia juga boleh membawa maut.
Persatuan Pembedahan Plastik Brazil (SBCP) turut mengeluarkan kenyataan amaran berhubung kejadian berkenaan di laman wab rasmi dengan menjelaskan bahawa rhinoplasty surgery perlu pengkhususan serta kelayakan untuk dilakukan prosedur seperti itu.
Walau bagaimanapun, ia bukan kali pertama kes seperti ini berlaku. Malah, pada tahun 2016, seorang jurutera Inggeris dilaporkan turut melakukan perkara yang sama hanya kerana senarai nama orang yang menunggu pembedahan terlalu lama.
Sumbwe : Oddity Central
Baca: Jangan isi minyak waktu pagi ? pakcik Shell kongsi rahsia waktu terbaik isi minyak.
Pegawai Kesihatan cabut lari setelah beri suntikan vaksin kepada 30 orang dengan satu jarum
[Video] Seram ! Bayang wajah artis di lantai bertukar semasa buat rawatan