Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

GTA tidak akan bekerjasama dengan UMNO yang telah rosak – Tun Mahathir

GTA tidak akan bekerjasama dengan UMNO yang telah rosak - Tun Mahathir

GTA tidak akan bekerjasama dengan UMNO yang telah rosak – Tun Mahathir. Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun parti itu sudah “dibersihkan”, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pejuang itu berkata, Najib yang juga perdana menteri keenam telah “merosakkan” keseluruhan Umno dengan meletakkan “habuan” sebagai keutamaan.

GTA tidak akan bekerjasama dengan UMNO yang telah rosak - Tun Mahathir

“Najib berjaya merosakkan Umno…menyeluruh dari ‘top 1’ hingga akar umbi. Semuanya kotor belaka,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau berkata demikian susulan Najib yang kini berdepan “detik sukar” dalam rayuan terakhirnya berhubung sabitan dan hukuman kes rasuah SRC International.

GTA tidak akan berkerjasama dengan UMNO yang telah rosak - Tun Mahathir
Sumber gambar: FreeMalaysiaToday

Mahathir yang juga pengerusi penaja GTA mendedahkan, ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor Mac lalu, pengundi negeri itu meminta habuan daripada wakil Pejuang jika mahukan undi mereka.

“Bila kita adakan PRN Johor, orang Pejuang call (hubungi) la kawan-kawan sila undi Pejuang, apa jawapan diterima? ‘Nak bagi berapa’.

“Jadi Umno dah berjaya, Najib dah berjaya merosakkan moral orang Melayu sehingga mereka nak bagi undi pun nak kena jual (duit),” katanya.

Mahathir menjawab pertanyaan sama ada beliau dan gerakan itu akan bekerjasama semula dengan Umno jika parti Melayu itu “dibersihkan” daripada “penyamun” – gelaran sering digunakan bekas perdana menteri itu ketika menentang Najib dan Umno.

GTA ditubuhkan pada 4 Ogos lalu dianggotai empat parti utama iaitu Pejuang, Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Menjawab dakwaan gerakan itu hanya memecahkan lagi undi orang Melayu pada PRU akan datang, Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan tuduhan berkenaan, sambil menegaskan gabungan itu dibentuk bagi mengelakkan pertembungan sesama calon Melayu.

“Jadi sekarang kita berjaya mencantumkan parti politik Melayu yang biasanya berlawan sesama sendiri dan kali ini kita tidak berlawan sesama kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, GTA akan menghantar permohonan pendaftarannya sebagai sebuah parti politik kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) minggu depan.

“Minggu depan kita akan serah permohonan untuk daftar selepas isu logo dan bendera kita muktamadkan,” katanya sambil menambah, empat parti gabungan GTA akan bertanding atas satu logo.

Mahathir turut mengulangi keyakinan gerakan itu untuk bertanding di 120 kerusi Parlimen dan 280 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung pada PRU15. – FMT

Baca: Gerakan Muda GTA letak separuh calon muda berwibawa di 120 kerusi PRU15

Apa yang berlaku ? Pemimpin UMNO tak mahu komen kes SRC Najib sebab takut ‘kantoi’ terlibat?

Khairudin tegur Hadi Awang tersilap strategi politik

Share This Story

Berita Berkaitan