Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Hari ini dalam sejarah : 27 Ogos 1983 Tun Mahathir digelar Bapa Moden Malaysia

Hari ini dalam sejarah : 27 Ogos 1983 Tun Mahathir digelar Bapa Moden Malaysia. Pada 27 Ogos 1983, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Syed Nahar Shahabuddin memberi gelaran ‘Bapa Moden Malaysia‘ kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gelaran tersebut diberikan oleh Syed Nahar ketika berucap pada upacara perasmian Bangunan Tunku, Bangunan UMNO Kedah oleh Tun Dr. Mahathir. Gelaran tersebut adalah berdasarkan usaha-usaha Perdana Menteri menjadikan Malaysia sebuah negara yang moden.

Antara peristiwa lain yang menarik

27 Ogos 1971 – Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Ghafar Baba hari ini mengumumkan satu kawasan tanah seluas 10,000 ekar akan dibuka di Kedah dengan kos sebanyak RM10 juta.

27 Ogos 1972 – Dewan Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia di Petaling Jaya akan diisytiharkan sebagai Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) mulai 1 September ini.

27 Ogos 1975 – Satu kawasan seluas 72,000 ekar di Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor telah dijadikan projek ladang pine secara besar-besaran untuk bekalan bahan mentah perusahaan pulpa dan kertas negara.

Baca : Tun M beri ‘hint’ kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam PRU15

“Macam mana nak untung kalau berniaga macam ni..” Walaupun diri sendiri susah, lelaki ini tetap berniaga untuk tolong orang susah

Tak sabar tunggu Iphone 14 terbaharu ? Ini tarikh ia dilancarkan di Malaysia

Share This Story

Berita Berkaitan