Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Ibubapa dari neraka ! pukul bayi sendiri sampai mati

Ibubapa dari neraka ! pukul bayi sendiri sampai mati. Seorang wanita ditahan, manakala suaminya diburu kerana dipercayai menyebabkan kematian bayi lelaki mereka yang berusia enam bulan selepas dikatakan terjatuh dari katil kediaman mereka di Kampung Klang Gate, Ampang dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek berusia 34 tahun ditahan di Lobi Utama Tingkat 2, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Tunku Azizah Kuala Lumpur di sini, pada jam 8.40 malam tadi.

“Kejadian dilaporkan oleh seorang Pegawai Perubatan yang bertugas di Zon Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.

“Pengadu memaklumkan menerima pesakit iaitu bayi berusia enam bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, terdapat kesan lebam di bahagian peha kanan dan kening atas mata mangsa. Pengadu syaki terdapat unsur penderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, selepas hampir 24 jam menerima rawatan, bayi malang terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang semalam.

Mohamad Farouk berkata, suspek tidak mengaku membunuh mangsan amun mendakwa anaknya ada mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital.

“Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai elektrik di ibu negara, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing turut bebas sebarang jenis dadah.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pihak polis kini sedang sia mengesan suami suspek, iaitu seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222.

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Baca : Berita gembira buat guru-guru ! Cuti rehat dan bantuan khas daripada kerajaan

Bayi malang meninggal di rumah pengasuh, ada kesan lebam dan pendarahan

Ustaz Kazim kongsi rahsia mengenai penyakitnya yang semakin serius

Share This Story

Berita Berkaitan