Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Isu buli : Pihak polis akan adakan ‘Spot-check’ besar-besaran di beberapa sekolah asrama di Melaka

BULI

Isu buli : Pihak polis akan adakan ‘Spot-check’ besar-besaran di beberapa sekolah asrama di Melaka. Untuk menangani isu buli, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan ‘spotcheck’ atau pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah berasrama di negeri berkenaan.

buli

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, kes buli semakin diperkatakan oleh masyarakat sejak akhir-akhir ini meskipun pelbagai usaha dilakukan.

“Kerjasama daripada mangsa buli dan ibu bapa juga diperlukan bagi membolehkan tindakan awal diambil dan siasatan dapat dilakukan.

“Alhamdulillah setakat ini makluman kepada saya, JPN sentiasa memantau dan menitikberatkan aspek keselamatan pelajar,” katanya.

Sambung beliau, sepanjang dilantik menjadi Exco hanya terdapat satu sahaja kes buli dikesan dan berjaya diatasi dalam tempoh masa yang singkat.

Rais berharap agar pihak JPN Melaka agar sentiasa memantau keadaan pelajar di asrama dari semasa ke semasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-8 Melaka International College of Science & Technology (MiCoST), baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MiCoST, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Ketua Eksekutif MiCoST Akmal Abdul Manap.

Baca: VIRAL ! Ibu kepada pelajar ini berang sekolah tuduh anak ‘sakit jiwa’ selepas diganggu psikopat

Mansuh UPSR/PT3, Ibubapa kuat merungut ?

Tragis ! Kanak-kanak maut disambar petir ketika berbual ditelefon sambil mengecas

Share This Story

Berita Berkaitan