Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Jangan guna ‘perkhidmatan turap jalan’ yang dijual di taman-taman..

Jangan guna 'perkhidmatan turap jalan' yang dijual di taman-taman..

Orang awam dinasihatkan untuk tidak membeli tar yang dijual dari mana-mana individu persendirian yang bukan dari pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menerusi tangkap layar yang tular, seorang individu telah mendedahkan bahawa ibu bapanya didatangi seseorang yang memaksa mereka untuk membeli tar.

Namun ibu bapanya sempat membuat panggilan telefon memberitahu dia tentang perkara tersebut dan berjaya ‘sekolahkan’ individu tersebut yang menjalankan kegiatan menjual tar secara salah dari sudut undang-undang.

“Dia paksa orang tua saya beli. Nasib baik orang tua saya sempat call saya. Saya sekolahkan orang jual tar tu. Banyak tengok posting cip, jadi ada ilmu sikit pasal jalan tar ni,”.

Jangan guna 'perkhidmatan turap jalan' yang dijual di taman-taman..

angkap layar tersebut dikongsikan pengguna Facebook, LANDO Zawawi – Brotherhood Malaysia.

Jangan guna ‘perkhidmatan turap jalan’ yang dijual di taman-taman… Justeru itu, pemuda ini menasihatkan orang awam agar tidak membeli tar dari mana-mana individu dan boleh membuat aduan pada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Orang awam dinasihatkan jangan beli dan buat aduan pada PDRM dan pemilik laluan sekitar. Sama ada JKR atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Tar jenis Hotmix perlu diturap pada suhu yg masih sesuai (110°-120°c) maka mustahil tar yang depa bawa dari kuari, pusing taman baru nak carik kastemer boleh kekal suhu sedemikian. Kalau turap pun tak tahan lama.

“Kegiatan menjual tar yg berperuntukan juga adalah salah dari sudut undang undang dan dikira menjual barang curi / hak kerajaan

“Aktiviti menjual tar berperuntukan juga menjadi sebab jalan kita mudah rosak kerana tar semakin nipis dan tidak mengikuti SOP turapan. Semoga menjawap persialan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Baca: Bau kedai pun tak hilang lagi, Alza baharu pertama terlibat kemalangan

Hujan sangat lebat tahap merah dan air pasang besar punca banjir

Jangan memandai-mandai angkat telefon dari nombor tak dikenali wanita ini kongsi pengalaman menakutkan

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan