Johor Bahru dilanda banjir kilat sehingga paras pinggang. Hujan lebat lebih sejam mengakibatkan beberapa laluan di sekitar bandar raya ini selain pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dilanda banjir kilat.
Penduduk, Rahman Abdullah, 60, berkata dia bersama ahli keluarga yang berurusan di pusat bandar raya menghadapi kesesakan lalu-lintas lebih setengah jam akibat kejadian itu susulan hujan lebat bermula kira-kira jam 12 tengah hari.
“Kami bernasib baik kerana kenderaan masih boleh bergerak secara perlahan di Jalan Wong Ah Fook walaupun laluan dinaiki air. Kami juga difahamkan laluan di Jalan Yahya Awal dan Jalan Ayer Molek turut diancam banjir kilat hingga mengakibatkan kesesakan,” katanya
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (PERIMAU) Johor, Mohd Ridhwan Othman, berkata pihaknya juga menerima aduan banjir di Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di pekarangan HSA
Menurutnya, perkara itu menimbulkan kesulitan kepada pengunjung dan pesakit yang berurusan di hospital.
Difahamkan banjir kilat juga melanda di Kampung Muhamad Amin di Nong Chik hingga air paras pinggang, Jalan Pantai Lido menghala pusat bandar raya, Jalan Mahmodiah di hadapan Restoran Yasin dan Jalan Seri Pelangi menghala Stulang Laut.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi suatu kenyataan mengesahkan menerima laporan berkaitan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru. – Berita Harian
Baca: Nenek Meraung Cucu Balik, Disangka Pergi Dibawa Arus Banjir 2 Hari Lalu
Nenek Meraung Cucu Balik, Disangka Pergi Dibawa Arus Banjir 2 Hari Lalu
Lakukan amalan ini Allah simpan sehingga menjadi sebesar Gunung Uhud
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9