Kamatian petinju : Fakta bagaimana Sarung tangan petinju boleh jadi punca kematian. Semalan tular berita mengenai seorang petinju Muay Thai yang meninggal dunia ketika bertarung di dalam gelanggang. Punca kematian dipercayai daripada pukullan Knock-Out yang sememangnya sangat berbahaya kepada petinju.
Video:
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa
Namun fakta yang harus difahami, dalam sukan tinju, tiada satu kematian pun boleh dituduh kerana pembunuhan. Ini kerana setiap petinju sudah setuju dengan menandatangani kontrak bahawa menyerahkan fizikal termasuk nyawa mereka di dalam ring kepada sukan tersebut, atas semangat kesukanan.
Sebelum ini ramai yang kurang senang dengan sukan UFC dan menganggap ia lebih bahaya daripada tinju. Namun buat masa ini, sukan tinju kelihatan lebih bahaya.
Namun, ini bukanlah perkara baru dalam sukan tinju. Malah dalam sejarah sukan tinju pada zaman kuno lagi, sudah ada nyawa yang terkorban kerana sukan ini.
Ada teori menyatakan petinju lebih kuat hayunan mereka kerana sarung tangan tebal yang mereka gunakan. Tujuan asal sarung tangan itu adalah untuk melindungi muka lawan daripada terkena impak yang sangat keras.
Penulis The Guardian, Bryan Armen Graham mendedahkan bahawa, walaupun ramai berpendapat sarung tangan UFC yang lebih nipis ini dilihat lebih bahaya, hakikatnya, para petinju lebih kuat menumbuk lawan mereka kera sarung tangan yang tebal itu secara tak langsung telah melindungi tangan mereka daripada kesakitan.
Manakala di UFC, sarung tangan yang nipis itu membuatkan para petarung mereka akan merasakan kesakitan jika menumbuk terlalu kuat.
Maka, dalam sukan tinju, para petinju akan menghayungkan tangan mereka sekuat-kuatnya kerana mahu memastikan impak tumbukan itu lebih kuat, dengan memikirkan bahawa sarung tangan yang tebal itu sebenarnya memberikan perlindungan kepada muka lawan mereka. Mereka tidak takut akan risiko memecahkan muka lawan mereka.
Sebagai perbandingan, sejak sukan MMA dipromosi secara meluas pada 1993, masih belum ada petarung mereka yang terkorban setakat ini. Sebaliknya, sukan tinju mencatatkan angka korban sebanyak 30 orang dalam tempoh yang sama.
Beratus-ratus lagi petinju dilaporka mati sebelum tahun tersebut. Berdasarkan laporan Ring Magazine, pada 1953 paling teruk dengan mencatatkan 22 kematian, salah satu yang paling popular adalah kematian Jimmy Doyle, yang mati kerana tumbukan Sugar Ray Robinson.
Benny Paret pula meninggal selepas tewas di tangan Emile Griffith. Kes lain, Davey Moore mati selepas ‘collapsed’ di bilik persalinan sebaik sahaja tamat pertarungan menentang Sugar Ramos.
Maxim Dadashev baru baru ini meninggal dunia pada usia 28 tahun, kerana kecederaan selepas pertarungan.
Akhir sekali, sukan tinju tetap menjadi antara sukan popular. Ianya memberikan pulangan berjuta-juta dollar kepada atlet dan juga para pelabur. Acara tinju sentiasa menjadi acara perdana dalam kalendar sukan antarabangsa.
Baca: Rupanya Pengkid Viral Pakai Ihram ada skandal dengan wanita lain, rakan sendiri dedahkan penipuan
Teruk dikecam netizen, penganjur himpunan RX-Z gagal ?
Undang-undang apakah ini ? Lelaki ini bunuh bayi tapi hanya kena penjara ?