Kecoh ! Isteri nak ‘tikam’ suami hidup-hidup lepas tonton drama di TV. Baru-baru ini, kecoh satu Malaysia mengenai drama Risik Pada Hati yang menampilkan lakonan hebat oleh Ummi Nazeera, Alif Satar dan Zara Zya
Drama 28 episod itu berkisahkan tentang sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin, namun tidak dikurniakan zuriat.
Si isteri meminta suaminya untuk berkahwin lain demi mendapatkan zuriat dari darah daging mereka. Namun, konflik berlaku apabila suaminya mula tidak berlaku adil dan hanya menjaga perasaan isteri kedua.
Terbaru, tular pula sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita menceritakan tentang drama tersebut kepada suaminya dengan penuh emosi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@fayizz93 Nak prank isteri tak pasai-pasai aq kena prank haha🤣
Isteri emosi cerita pasal drama, sekali lain suami tersalah bagi reaksi sampai nak bergaduh
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fayizz93, kelihatan dia merakam secara senyap-senyap ketika isterinya sedang bercerita tentang drama berkenaan.
Pada awalnya, wanita itu hanya menceritakan yang dia geram dengan plot drama tersebut yang hanya menjaga perasaan isteri kedua dan tidak menghargai pengorbanan isteri pertama.
Namun, reaksi si suami pula membuatkan dia menjadi naik angin apabila suaminya berkata “itu barang lama, ni barang baru” seolah-olah menyokong lakonan Alif Satar yang melebihkan isteri kedua dalam drama itu.
Lebih melucukan lagi, wanita itu sempat berkata “kalau you dok buat macam tu sayang, I tikam you hidup-hidup”. Akhir sekali, suaminya memesan supaya jangan tengok drama lagi kerana tak pasal-pasal dia pula yang kena marah.
“Kau salah reaction ni bang. Patut masa dia marah tu kau join sekali. Haha sorry bang, kami tak dapat protect abang malam ni” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah sehingga 4.5M tontonan, 304.9K tanda suka dan 15.1K komen di tikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Baca: Kesilapan ‘perubatan’ dalam drama Bisik-bisik Gelora, Pengarah Nafi Sengaja Buat ‘Kesilapan’
[Terkini] Bencana alam ini buat Rakyat Korea panik, tak pernah berlaku dalam sejarah negara itu
Membimbangkan ! 61 peratus belia bawah 22 tahun lakukan seks buat pertama kali secara aktif
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9