Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Keputusan STPM 2021 keluar hari ini, boleh semak di sini

STPM

Keputusan STPM keluar hari ini, boleh semak di sini. Calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 boleh menyemak keputusan masing-masing apabila ia dikeluarkan hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon-calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari.

STPM

Calon sekolah dan calon persendirian pula boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/nombor kad pengenalan/angka giliran dan hantar ke 15888

Kata kenyataan itu, sistem tersebut akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada 18 Ogos hingga 12 tengah hari pada 28 Ogos.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat menerusi secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 bermula jam 12 tengah hari.

Data Majlis Peperiksaan Malaysia menyebut terdapat seramai 92,964 calon menduduki STPM pada 2021.- Astro Awani

Baca: Pendidikan Percuma bagi Prasekolah Khas mohon sekarang bagi yang layak

Mohon sekarang ! Bantuan Pendidikan sehingga RM1000 untuk pelajar B40 ke IPT

[Kemaskini] Senarai Bantuan Pendidikan Dan Cara Permohonan Bagi Pelajar IPT, Lepasan SPM/STPM/Asasi Dan Lain-lain (Link Disediakan)

Share This Story

Berita Berkaitan