Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kereta elektrik akan menjadi kereta rasmi jemaah Menteri bermula tahun depan

Kereta elektrik akan menjadi kereta rasmi jemaah Menteri bermula tahun depan

Kereta elektrik akan menjadi kereta rasmi jemaah Menteri bermula tahun depan. Ekosistem kenderaan elektrik semakin berkembang di Malaysia dengan beberapa inisiatif sedang diusahakan daripada beberapa pemain-pemain industri seperti TNB dan PLUS dalam membangunkan stesen pengecasan di seluruh lebuh raya negera.

Terbaharu, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan memutuskan untuk menggunakan kenderaan eletrik (EV) kepada semua jemaah Menteri akan berkuatkuasa mulai tahun depan, lapor Malaysia Gazette.

“Mulai tahun depan, semua perolehan kerajaan akan bergerak kepada kereta elektrik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves baru-baru ini.

Namun, butiran mengenai penggunaan kenderaan EV itu masih belum diputuskan lagi. Ini kerana masih tidak banyak lagi kereta elektrik, maka kosnya agak tinggi tetapi apabila penggunaan semakin banyak, kosnya akan jadi lebih murah.

“Isu kita ialah tempat pengecas, jadi kita terpaksa sediakan fasiliti terlebih dahulu di mana stesen pengecasan kena dibina,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Dalam sidang media itu juga, Menteri KASA itu turut mendedahkan satu projek rintis akan dimulakan di Pulau Langkawi untuk menggalakkan penggunaan motor elektrik dengan menyediakan 100 unit motosikal elektrik yang menggantikan motosikal petrol sedia ada milik penduduk setempat.

Beliau juga berkata Putrajaya bakal menjadi sebuah bandaraya sifar karbon, dengan meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di kawasan itu.- TheVocket

Baca: [Video] Telefon kena godam ? Lelaki ini dedah rahsia macam mana nak tahu yang handphone kita kena hijack

Menakutkan ! Ini kesan jika beri anak gajet pada awal usia, ibu ini beri nasihat supaya jangan ulangi kesilapan lagi

Lima Websites Terbaik 2022 Yang Perlu Anda Cuba (Part 2)

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan