Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Kes buli pelajar di Malaysia juga berlaku di negara lain, tak ada siapa yang sempurna – Menteri

RADZIJIDIN

Kes buli pelajar di Malaysia juga berlaku di negara lain, tak ada siapa yang sempurna – Menteri. Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin memberi amaran kepada pihak sekolah supaya tidak menyorokkan kes buli yang berlaku di premis masing-masing.

Beliau berkata, ia penting bagi membolehkan pengurusan sekolah memahami masalah yang berlaku dan menyelesaikannya.

Katanya, isu buli membabitkan pelajar sekolah bukan hanya berlaku di Malaysia malah seluruh dunia memandangkan tidak ada sesiapa pun yang sempurna.

“Apabila bercakap mengenai kes buli, apabila kita bercakap mengenai mencuba dadah kita tahu bahawa ia berlaku dan sebab itu kalau kita nak selesaikan masalah.

“Pertama sekali kita kena tahu apa masalah. Kita tidak perlu berselindung, tidak perlu nak sorokkan.

RADZIJIDIN

“Sebab itu ketika saya masuk kementerian, jika ada kes buli kita tak pernah sorokkan. Maka kita maklumkan kepada sekolah jangan ada sesiapa yang cuba sorokkan kes ini,” katanya ketika melancarkan program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat dan Portal Aduan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 14(1).

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.

Portal Aduan Buli dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memudahkan masyarakat menyalurkan maklumat salah laku itu secara terus kepada KPM.

Pada sidang media, Radzi berkata, jumlah kes buli yang disabitkan kesalahan di seluruh Malaysia tahun ini hingga Julai adalah sebanyak 122 kes.

Sementara itu, Hamzah mengakui, kes buli di sekolah masih menunjukkan trend peningkatan walaupun beberapa kesalahan lain menurun.

“Itu menunjukkan bahawa generasi baharu kita beranggapan buli perkara biasa, sebab itu kita nak buli ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

“Saya setuju supaya polis memberi penekanan turun ke bawah, kita juga sudah melantik pegawai untuk beri penerangan,” katanya.- FreeMalaysiaToday

Baca: Mangsa buli di media sosial, pemain Manchester United ini antara yang paling teruk kena buli

Bukan hanya di sekolah, di fasiliti KKM juga ada kes buli, Doktor ini kongsi cerita

Isu buli : Pihak polis akan adakan ‘Spot-check’ besar-besaran di beberapa sekolah asrama di Melaka

Share This Story

Berita Berkaitan