Kucing peliharaan selamatkan tuan dari ular tedung terima pujian netizen. Kucing adalah haiwan peliharaan yang tidak hanya memberi manfaat kepada mental dan fizikal malah ia juga mampu melindungi pemiliknya.
Kucing mempunyai persamaan dengan anjing yang memiliki sifat pelindung kepada orang atau haiwan lain yang biasa berinteraksi dengannya setiap hari.
Pendedahan seorang wanita, Lyn Azlina tentang kucing-kucing peliharaannya yang membantu mengepung ular tedung yang memasuki rumah tular di sebuah group di Facebook.
Lima ekor kucing bersaudara itu bernama Dobot, Joy, Kochi, Marble dan Tart. Kelima-limanya berjaya mengepung ular tedung yang memasuki rumah sehingga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba.
Biarpun dikatakan nakal hingga menyebabkan langsir terkoyak dan pasu pecah sebelum ini namun selepas kejadian itu, Azlina berasa kagum dengan kucing-kucingnya.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku semasa dia dan suaminya baru sahaja pulang dari pasar dan berasa pelik kenapa kucing-kucingnya tidak menunggu di depan pintu seperti biasa.
“Masa di dapur, suami panggil saya sebab dengar sesuatu yang pelik kerana penglihatan suami saya tak berapa jelas sebab baru sahaja menjalani pemb3dahan mata. Jadi, dia minta saya tengokkan.
“Saya terus hubungi 999 sambil itu saya bercakap dengan anak-anak (kucingnya) jangan bu’nuh ular tu. Dan senj4ta paling kuat pada masa itu adalah doa Nabi Sulaiman,”tuturnya.
Difahamkan kira-kira 10 minit kemudian APM tiba di kediaman Azlina dan menangkap ular berbisa itu. Menurut Azlina, ular berkenaan dipercayai memasuki rumahnya menerusi lubang kecil pada tingkap.
“Saya berharap kepada mereka yang memelihara kucing, peliharalah ia dengan penuh kasih syng kerana binatang kesayangan Rasulullah ini pembawa rahmat.
“Manalah tahu antara tangan-tangan dan doa untuk kita ke syurga itu mungkin dari kucing-kucing ini. Kalau tidak mampu menjaga, janganlah menyakiti mereka,” katanya ketika dihubungi.
Rata-rata warganet berasa kagum dengan Keberanian kucing belaan Azlina, yang bijak dan sanggup mempertaruhkan ny4wa melindungi keluarga tuannya.
Baca: [Video] “Jiran dari neraka” Lelaki tampar kucing dengan kuat sampai tercampak cetus kecaman netizen
Dipaksa Melakukan S3ks Dengan Kucing, Budak 11 Tahun Meninggal Dunia Sebab Depresi
Menyedihkan ! Anak kucing lahir dengan wajah dua mati selepas empat hari melawan kesakitan
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9