Lagi kes hina Islam, kali ini lelaki India pula sengaja buat provokasi. Adalah menjadi hak seseorang individu bukan Muslim untuk bertatu jikalau dia mahu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara namun mengapa kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem menjadi pilihan individu tersebut?
Adalah menjadi hak seseorang individu bukan Muslim untuk bertatu jikalau dia mahu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara namun mengapa kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem menjadi pilihan individu tersebut?
Luahan itu dilontarkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Facebook beliau pada hari ini berserta kepingan gambar susuk tubuh seorang lelaki yang dimuat naik dan didakwa berbangsa India membuat tatu dengan menggunakan kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem.
Kata beliau, isunya bukan individu berbangsa India tersebut bertatu kerana itu adalah hak peribadi lelaki itu tetapi beliau dihimpit dengan dua persoalan berkenaan tindakan individu itu yang didakwa bekerja di sebuah syarikat penerbangan di Malaysia;.
Dua isu tersebut iaitu;
Mengulas lanjut, beliau berkata, “Individu ini nak bertatu apa sekalipun, itu bukan urusan saya tetapi apabila individu ini membuat tatu tertera kalimah Bismillahir Rahmanir Raheem ke media sosial seolah-olah berbangga mempertontonkan kepada umum, apakah individu ini sengaja membuat provokasi agama atau dia tidak tahu tatunya itu mempunyai kalimah suci bagi orang Islam?”
Beliau juga mengharapkan semoga pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu tersebut bagi menjaga keharmonian dan keamanan Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.
Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung
Baca: [Video] Mana menteri agama ! Dulu Sajat kini perempuan berlagak lelaki pula hina Islam di Mekah
Viral video hina solat, rupanya ini wanita disebalik topeng tersebut