Kurang ajar! Selamba Warga asing ni raba bont*t perempuan ditepi jalan. Tindakan seorang lelaki warga asing mencabul seorang wanita dengan cara meramas punggung membawa padah apabila diberkas polis berdekatan pondok pengawal sebuah kondominium di kawasan Kota Damansara, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita tempatan berumur lewat 30-an pada pukul 1 pagi semalam.
“Mangsa mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 malam kelmarin di tepi jalan kawasan sebuah kondomininium di Kota Damansara.
“Semasa kejadian, mangsa sedang berjalan kaki hendak menaiki kenderaan rakannya yang menunggu di tepi jalan dan secara tiba-tiba merasa punggungnya dipegang dan diramas.
“Mangsa telah menoleh dan nampak suspek disyaki seorang lelaki warga asing berada di sebelahnya. Mangsa telah menjerit menyebabkan suspek melarikan diri dari tempat kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek warga asing berusia awal 30-an berdekatan pondok pengawal sebuah kondominium di kawasan Kota Damansara.
Jelas beliau, pihak polis akan memohon perintah reman daripada majistret bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. – KOSMO
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9
Baca : Berita ini bakal beri kelegaan untuk rakyat Melaka
Ustaz Kazim kongsi rahsia mengenai penyakitnya yang semakin serius
Diri sendiri terpalit dengan kes rasuah, kini anggap diri ‘mangsa’ ugutan pula