Lakukan amalan ini Allah simpan sehingga menjadi sebesar Gunung Uhud. Amalan yang mudah untuk mendapat pahala adalah sedekah, seperti memberi wang kepada yang memerlukan. Selain memberi wang, memberi makanan seperti yang dikongsi oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi video di media sosial.
Jelasnya, suapan pertama makanan yang diberikan akan mendapat pahala dan diampunkan dosa si pemberi makanan. Selain itu, malaikat turut mendoakan kita kerana memberi makanan kepada orang dan berkongsi rezeki sesama manusia.
Ustaz Azhar Idrus juga memberitahu ada beberapa hadis sahih yang menyebut setiap makanan yang kita beri akan disimpan disimpan di sisi Allah sehingga menjadi sebesar gunung Uhud.
“Beri orang makan. Dia beli makanan bagi orang, pergi rumah kawan belikan makanan. Ada beberapa hadis lain menyebut, bahawasanya setiap suap yang orang makan dari belanja kita tadi disimpan di sisi Allah sehingga menjadi sebesar gunung Uhud,” ujarnya menerusi video pendek itu.
Sama-samalah kita mengejarkan melakukan kebaikan dan semoga semua amalan kita diterima oleh Allah SWT.
VIDEO PENUH:
Sumber: Instagram The Tarbiyyah
Baca: Jumpa hantu nak buat apa? Ustaz ini ajar cara doa yang paling singkat dan mudah ingat
Kes ‘Ustaz’ rogol remaja, Wanita ini Dedahkan taktik licik perbuatan memalukan tersebut
Viral video hina solat, rupanya ini wanita disebalik topeng tersebut
—————————————————————————
Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di
Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9