Lawak dapat malu pun dapat, rider GRAB buat aksi kungfu di traffic light bikin geli hati netizen. Sewaktu menunggu lampu isyarat merah, kita pasti ternampak pelbagai ‘aksi’ yang dibuat oleh pengguna jalan raya lain sehingga membuat kita kelu selepas melihatnya, sama seperti seorang pengguna TikTok ini.
Baru-baru ini ketika @icelatte_1 sedang menunggu lampu isyarat merah, dia ternampak seorang rider penghantar makanan turun daripada motosikalnya untuk mengemas beg carrier di belakangnya.
@icelatte_1 This too random HAHAHAHHAHAHA 😂 #grabfood #fyp ♬ original sound – عام
Lalu rider itu kelihatan membuka ‘kuda-kuda’ sebelum melibas kaki kanannya secara ‘back-kick‘ untuk menaiki semula motosikalnya, bagaimanapun kakinya tidak sampai dan tersangkut pada bahagian hadapan motosikal.
Sejurus itu dia mengurut kaki dan segera menaiki motosikal seperti biasa. Bak kata orang dahulu — sakit dapat, malu pun dapat selepas skil ‘kung-fu’ untuk menaiki motosikal tidak menjadi dan diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain.
Ramai pengguna TikTok lain menyatakan mereka tidak dapat menahan daripada ketawa selepas menonton video pendek itu. Walaupun tiada sebarang dialog atau bunyi tambahan, aksi rider itu sudah cukup mencuit hati bagi sesiapa yang melihatnya.
Jika ‘abang rider kung-fu’ menonton semula video ini, semoga ia menjadi salah satu kenangan manis buatnya semasa dia menjalankan tugas menghantar makanan kepada pelanggan. – The Vocket
Baca: Rupanya Pengkid Viral Pakai Ihram ada skandal dengan wanita lain, rakan sendiri dedahkan penipuan
Undang-undang apakah ini ? Lelaki ini bunuh bayi tapi hanya kena penjara ?
Trend Terbaharu TikTok ni nampak macam kelakar tetapi sebenarnya bahaya !