Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Lelaki ini kongsi kenapa dia dah serik nak menggunakan AirAsia lagi

Lelaki ini kongsi kenapa dia dah serik nak menggunakan AirAsia lagi

Lelaki ini kongsi kenapa dia dah serik nak menggunakan AirAsia lagi. Selepas tiga kali penerbangannya dibatalkan, seorang penumpang setia AirAsia kini sudah serik dan tawar hati untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Mohd Faiz Mustaffa, mempersoalkan tindakan AirAsia membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia yang dijadual berlepas November depan tanpa memberi sebarang penjelasan kukuh.

Lelaki ini kongsi kenapa dia dah serik nak menggunakan AirAsia lagi
Gambar Hiasan

Terdahulu, Faiz yang bekerja sebagai seorang jurutera di Singapura, menjelaskan dia menempah tiga tiket penerbangan dua hala bersama AirAsia pada 14 Julai lalu dan membayar sebanyak RM1,948.

Penerbangannya sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 23 November depan dan akan kembali pada 26 November 2022.

Bagaimanapun, Faiz menjadi bingung apabila dimaklumkan bahawa penerbangannya dari klia2 ke Bandung dibatalkan pada minggu lalu apabila dia menerima pesanan ringkas dan emel daripada AirAsia.

Emel tersebut hanya memaklumkan bahawa penerbangan itu dibatalkan ekoran “isu operasi”.

“Saya hairan kerana hanya penerbangan ke Bandung dibatalkan. Tetapi penerbangan dari Bandung ke klia 2 pula berstatus ‘confirmed’,” soalnya yang turut menunjukkan tangkap layar butiran penerbangan itu kepada MalaysiaNow.

Pemeriksaan MalaysiaNow pada tiket penerbangan yang dibeli Faiz menunjukkan nombor penerbangan yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur ke Bandung ialah AK 416 manakala penerbangan balik pula ialah QZ 173.

Mengulas lanjut, Faiz meluahkan rasa kecewa apabila sehingga ke hari ini, dia masih gagal untuk bercakap dengan kakitangan AirAsia dan terpaksa mengutarakan masalahnya menerusi talian sembang AVA.

Lelaki ini kongsi kenapa dia dah serik nak menggunakan AirAsia lagi
Gambar Hiasan

“Apabila saya masukkan nombor tempahan, secara jelas ia tulis penerbangan dari klia2 ke Bandung sudah dibatalkan tetapi penerbangan pulang tidak.

“Saya jadi blur, saya cuba berurusan dengan AVA tetapi sistem itu hanya mampu menjawab soalan-soalan tertentu,” kata Faiz yang masih cuba berhubung dengan pegawai dari AirAsia.

Selepas seminggu dia menerima pembatalan, Faiz kini masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada syarikat penerbangan terbabit termasuk sebarang tawaran bayaran balik.

Menceritakan pengalamannya menempah penerbangan bersama AirAsia sejak negara dilanda Covid-19, Faiz memberitahu dia juga berdepan dua kali pembatalan sebelum ini.

Bagaimanapun, dia faham sebab disebalik dua pembatalan itu memandangkan ia terpaksa dibuat demi keselamatan orang ramai ekoran situasi pandemik.

“Sebab itu saya masih percaya dengan syarikat ini, malah tiket penerbangan ke Bandung ini pula dijual menerusi promosi.

“Tetapi penerbangan ini juga dibatalkan walaupun kita sedang menuju ke arah endemik,” kata Faiz yang turut mempersoalkan tindakan AirAsia mempromosikan tiket tersebut.

Lelaki ini kongsi kenapa dia dah serik nak menggunakan AirAsia lagi
Gambar Hiasan

Faiz yang menggunakan perkhidmatan AirAsia sejak 2013 terkilan apabila dia yang menyifatkan dirinya sebagai penumpang setia dilayan sebegitu dan menegaskan supaya pihak syarikat melakukan bayaran balik mengikut kaedah bayaran asal iaitu secara tunai.

“Saya bayar menggunakan duit, oleh itu bayaran balik haruslah sama dan bukannya dikreditkan ke akaun aplikasi AirAsia,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Uwe Guenther, dari Zurich, Switzerland yang pengalaman buruknya dengan syarikat itu pernah dilaporkan MalaysiaNow sebelum ini berkata AirAsia menghubunginya minggu lalu untuk menawarkan kembali penerbangan asalnya.

Guenther memaklumkan dia turut ditawarkan bayaran balik bagi pembelian tiket penerbangan yang dibelinya.

Sebelum ini, Guenther meluahkan kemarahannya apabila mendapat tahu AirAsia menjual semula tiket penerbangan yang dibatalkan.

Berdasarkan maklumat yang ditunjukkan jurutera awam itu, dia pada Mac lalu telah membeli enam tiket penerbangan bersama AirAsia sebelum dimaklumkan pada Julai penerbangannya itu dibatalkan ekoran “isu operasi”.

Laporan itu kemudian tular dan menjadi viral apabila ramai mengecam tindakan pihak syarikat penerbangan terbabit sambil meluahkan rasa kemarahan berikutan isu bayaran balik.

Lelaki ini kongsi kenapa dia dah serik nak menggunakan AirAsia lagi
Gambar Hiasan

“Dua hari lalu, AA (AirAsia) menelefon saya dari Malaysia dan janji untuk memberikan bayaran balik,” kata Guenther kepada MalaysiaNow.

“Dia juga menawarkan penerbangan saya pada 18 Ogos tetapi saya memberitahu dia bahawa saya tidak akan terbang lagi bersama syarikat penerbangan itu dan saya telah membeli tiket bersama syarikat penerbangan lain.”

MalaysiaNow cuba mendapatkan maklum balas AirAsia bagi kedua-dua perkara tersebut dan masih belum menerima sebarang jawapan.

Sumber: MalaysiaNow

Baca: Anak-anak ketagih bermain gajet ? Ibu ini kongsi 5 kaedah berkesan jauhi anak dari gajet

[Video] Kisah misteri di pantai Port Dickson wanita ini kongsi kisah 48 jam disorok bunian

Jangan memandai-mandai angkat telefon dari nombor tak dikenali wanita ini kongsi pengalaman menakutkan

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan