Lelaki ini sanggup terbang ke Indonesia semata-mata nak jumpa ‘Zombie Indonesia’. Gara-gara tular di TikTok, Bukit Bintang kini diserbu ramai orang yang mahu mencuba makanan viral. Terbaharu, beberapa video memaparkan ‘event’ yang diinspirasikan daripada filem Train to Busan tular di TikTok dimana pengunjung perlu berusaha menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa zombie.
Nampak mengujakan, maka pengguna TikTok @airieysayuti20 mengambil keputusan untuk merasai sendiri pengalaman dikejar zombie sehingga sanggup untuk ke Indonesia.
@airieysayuti20 Sebab pengaruh tiktok lah ni, terpaksa fly ke indonesia sbb nak cuba ✈️😟 tak full, sbb stngah tempat xboleh nak record🙃 #traintoapocalypse #traintobusan #indonesia ♬ suara asli – kepolo – AZ
Difahamkan, dia telah ke Indonesia kerana ‘teracun’ dengan perkongsian-perkongsian di TikTok akan ‘hype’ Train to Apocalypse ini. Selama lebih kurang 20 minit, para pengunjung perlu menyelamatkan diri daripada zombie dan juga menyelesaikan teka teki yang disediakan.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen juga berasa teruja serta mahu mencuba permainan terbabit. Malah, para netizen juga berpendapat jika pada waktu malam pasti akan lebih membuatkan pengunjung berasa berdebar.
Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga berharap ‘event’ seperti ini dianjurkan juga di Malaysia supaya dapat merasai pengalaman mengujakan itu. Sekadar makluman, Train to Apocalypse ini hanya dianjurkan sehingga September dan jika anda mahu mencubanya bolehlah ke Indonesia agar tidak terlepas peluang ini. – TheVocket
Baca: Bangunan kubur runtuh 4 terbunuh
Imej pelik dari Google image terakam di tengah-tengah hutan
Melampau ! Sekolah anjur program hina Islam sebagai pengganas cetus kontroversi