Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Lelaki kantoi sorok 3 wanita dalam bonet kereta

LELAKI KANTOI

Lelaki kantoi sorok 3 wanita dalam bonet kereta. Seorang pemandu e-hailing tergamak menyembunyikan tiga wanita Myan­mar dalam but kereta Nissan Teana miliknya selama tujuh jam semata-mata mahu mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Kesemua wanita yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) itu kemudian dibawa sejauh 480 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang, Selangor untuk mencari pekerjaan.

Turut berada dalam kereta sedan berwarna hitam itu adalah tiga lagi lelaki warga Myanmar yang ditemui di kerusi penum­pang belakang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kesemua PATI termasuk tiga wanita itu berusia 18 hingga 36 tahun, manakala pemandu e-hailing yang terlibat merupakan warga tempatan berusia 31 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, pemandu berkenaan yang turut disahkan positif syabu­ menerima upah sebanyak RM300 bagi setiap PATI yang dibawa ke negeri ini.

“Tindakan lelaki berkenaan terbongkar selepas dia melalui satu sekatan jalan raya di Persiaran Tun Teja Alam Impian kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Ketika pemeriksaan, pihak polis menemui tiga lelaki Myanmar di bahagian penum­pang belakang, manakala tiga lagi wanita disembunyikan dalam but belakang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya di sini semalam.

Tambah beliau, pemandu kereta terbabit turut mendakwa menerima bayaran daripada sindiket sebanyak RM300 bagi setiap PATI yang dibawa dari Kota Bharu ke Klang.

“Kita turut menemui peralatan menghisap dadah di beg yang dipakai pemandu berkenaan selain bungkusan plastik mengan­dungi 50 biji pil berwarna merah yang dipercayai pil kuda.

“Suspek kini direman 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, manakala enam PATI Myanmar direman selama 14 hari,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Antipemer­dagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO

Baca: Intai Bini Orang Mandi, lelaki yang hanya berseluar kantoi gambar kena tangkap

Kematian pelik warga emas di Taman Tema ini cetus tanda tanya orang ramai

Memalukan ! Kini video Aliff Syukri tak malu joget ghairah bersama Baby Shima

Share This Story

Berita Berkaitan