Lelaki ni buat benda yang tak pernah dilakukan di kedai mamak, sampai mamak pun tercengang. Pernah tak bila anda dah sampai di kedai makan tapi terpaksa tunggu satu jam sehingga pelayan restoran datang ambil pesanan?
Dapat pula tempat duduk paling hujung sekali, memang penat juga asyik angkat tangan tapi tidak dilayan. Pada masa sama, perut dah berbunyi tanda lapar. Macam mana ni?
Baru-baru ini, seorang YouTuber berbangsa Cina dikenali sebagai Leeroy Wong turut berdepan situasi sama ketika ingin menjamu selera di sebuah kedai mamak di Restoran Sultan berhampiran Bukit Jalil.
Menerusi perkongsian video dimuat naik di TikTok (Leeroy Wong), dia bersama rakannya dilihat sedang memegang papan tanda bertulis “Ane tengok sini” untuk memanggil pelayan restoran bagi membuat pesanan makanan.
Papan tanda itu memang cukup meriah siap ada lampu LED berwarna-warni dan ditampal juga dengan dua buah speaker kecil di kiri dan kanan.
Lebih menghiburkan, speaker tersebut mengeluarkan lagu parodi yang diambil daripada Bohemian Rhapsody nyanyian Jaster Fong dan diubah menjadi lagu parodi berjudul Mamak Rhapsody.
Lagu tersebut berbunyi seperti:
“Aku nak buat order tapi customer banyak you tak dengar.”
Bukan setakat itu sahaja, lelaki tersebut juga siap ajak pelanggan di meja sebelah untuk membuat pesanan menggunakan pembesar suara sepertinya.
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 536,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@royroy1228 Cara nak order anne di Malaysia, full version kat Leeroy Wong’s youtube channel, link in bio #viral #tiktokmalaysia ♬ original sound – Leeroy Wong
SUMBER TikTok
<a href=”https://kisahmalaysia.net/kecoh-isteri-nak-tikam-suami-hidup-hidup-lepas-tonton-drama-di-tv/” title=”Kecoh ! Isteri nak ‘tikam’ suami hidup-hidup lepas tonton drama di TV”>Kecoh ! Isteri nak ‘tikam’ suami hidup-hidup lepas tonton drama di TV
Cara mudah memahami skandal LCS dan kenapa rakyat wajib tahu isu yang melibatkan dana awam ini