Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Logo Pakatan Harapan baharu untuk PRU15

LOGO

Logo Pakatan Harapan baharu untuk PRU15. Pakatan Harapan (PH) secara prinsip bersetuju menggunakan satu logo, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Katanya, namun PKR ada mencadangkan dilakukan sedikit perubahan kepada rekaan logo PH.

LOGO
“Kita (PH) juga secara prinsipnya telah bersetuju bahawa Pakatan Harapan akan menggunakan logo bersama untuk PRU15.

“Cuma bagi pihak Keadilan (PKR), mereka ada mencadangkan sedikit perubahan kepada rekaan logo tersebut untuk menjenamakan semula atapun memberikan satu nafas dan imej yang baru kepada PH,” katanya dalam siaran langsung di akaun facebook.

Loke berkata, beliau menyatakan rasa puas hati kerana semua komponen gabungan itu ingin bersama menggunakan satu logo.

Pada PRU14, PH tidak dapat menggunakan logo sendiri apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) tidak memberi kelulusan gabungan itu didaftar dengan memberi alasan mendakwa Bersatu gagal mengemukakan dokumentasi. Gabungan berkenaan akhirnya mengambil keputusan menggunakan logo PKR untuk bertanding.

Berlaku ketidakfahaman dalam penggunaan satu logo, baru-baru ini, terutama pada pilihan raya negeri Johor selepas PKR mengambil keputusan menggunakan logo partinya, manakala DAP dan Amanah menggunakan logo PH.

Strategis PKR, Wong Chen, dilaporkan berkata, logo gabungan itu mengingatkan detik pahit ketika era Dr Mahathir Mohamad, selain menggambarkan beberapa bekas pemimpin PKR meninggalkan gabungan itu menyertai Bersatu, dalam Langkah Sheraton.

Ketidaksepakatan dalam kalangan parti gabungan berhubung isu logo berkenaan menjadikan penganalisis politik menggambarkan ia bibit perpecahan sehingga mengakibatkan PH kalah teruk pada pilihan raya negeri itu, sekadar menang 12 daripada 56 kerusi.

Loke berkata, sebarang pengagihan termasuk isu pertindihan kerusi perlu selesai menjelang September.

Mengulas berhubung manifesto PH, beliau berkata, jawatankuasa manifesto mempunyai beberapa minggu lagi untuk melakukan penambahbaikan sebelum ia dihantar ke Majlis Presiden, pada hujung September.

Umno bergolak selepas Najib Razak dipenjara

Dalam pada itu, Loke berkata, beliau sudah menjangka Umno akan bergolak susulan keputusan mahkamah memenjarakan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Katanya, timbul kritikan terhadap Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, dalam media sosial kerana dikatakan tidak membantu Najib walaupun perdana menteri datang dari parti sama.

Merujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi, yang menyatakan dalam hantaran di Facebook, bahawa tidak keperluan “poster boy” bagi Umno pada PRU15 sekiranya ia “lembik”.

Loke berkata, hantaran Puad itu jelas ditujukan kepada Ismail, walaupun ia tidak menamakan individu dimaksudkan.

“Ini semua ‘petunjuk’ yang mereka ini (pemimpin pro Najib) menolak Ismail Sabri,” katanya.- FreeMalaysiaToday

Baca: Baru dua hari Najib Razak ‘check-in’ penjara, hari ini dah kena ‘check-out’….

Hati-hati bermain pasir di Pantai Klebang Melaka

Mesej terakhir Najib ini buat netizen sebak

Share This Story

Berita Berkaitan