Penyokong Najib masih ‘berkabung’ . Suasana di pekarangan mahkamah lengang dengan ketiadaan kelibat penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak setakat ini, pukul 10.50 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.
Siri-siri kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke mahkamah sebelum ini dibanjiri dengan penyokongnya menunggu keputusan di luar mahkamah sebagai tanda sokongan.
Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan hari ini merupakan kali pertama Najib muncul di mahkamah selepas menjalani hukuman penjara selama dua hari di Penjara Kajang.
Kemunculan Najib adalah bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Selain hari ini, esok Najib sekali lagi akan dibawa daripada penjara ke Mahkamah Tinggi di sini bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE
Baca: “Ramai lagi orang politik yang Rasuah belum dibicarakan” – Tun Mahathir
Logo Pakatan Harapan baharu untuk PRU15
Mutu Pengangkutan Awam di Melaka tak cukup baik – TYT Melaka