Kisah Malaysia - Koleksi Viral Terkini Tentang Malaysia     ...

Mangsa buli di media sosial, pemain Manchester United ini antara yang paling teruk kena buli

Mangsa buli di media sosial, pemain Manchester United ini antara yang paling teruk kena buli. KAJIAN Ofcom menjelang musim baharu mendapati tujuh daripada 10 pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi mangsa buli di Twitter.

Kajian itu juga mendedahkan bahawa 362 ciapan yang mengandungi teks melampau ditujukan kepada pemain EPL setiap hari dan lapan daripada 10 pemain EPL paling kerap menjadi mangsa di atas talian musim lalu adalah dari Manchester United.

Mangsa buli di media sosial pemain Manchester United ini antara yang paling teruk kena buli

Separuh daripada ciapan berbentuk penghinaan itu terarah kepada 12 pemain dengan pemain United dengan Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire, menerima paling banyak kecaman.

Antara nama lain dalam 10 teratas itu termasuk Bruno Fernandes, Fred, David de Gea, Marcus Rashford, Paul Pogba, Jesse Lingard, Harry Kane dan Jack Grealish.

Dalam laporan itu, Pengarah Kumpulan Penyiaran dan Kandungan Dalam Talian Ofcom, Kevin Bakhurst, berkata: “Bola sepak ialah permainan emosi yang tinggi, kebanggaan dan rasa memiliki.

“Kadang-kadang emosi itu boleh melampaui batas. Selama bertahun-tahun, bola sepak telah mencapai kemajuan besar dalam menangani tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh sebahagian minoriti yang boleh merosakkan sukan untuk orang lain.

“Penderaan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam sukan, apatah lagi dalam masyarakat.

“Laporan ini akan membantu kami memahami permasalahan seperti ini bagi memastikan firma teknologi seperti kami yang bertanggungjawab dan akhirnya mewujudkan kehidupan yang lebih selamat di atas talian.” – Stadium Astro

Baca: Tahniah ! Malaysia tambah lagi satu pingat Emas di Sukan Komanwel 2022

Muhammad Azeem pecah rekod Hafiz Jantan sebelum muncul pelari terpantas

Ada 8 sebab kenapa Movie Thor Love and Thunder tidak ditayangkan di Malaysia, sebab ke-4 ni memang winn ?

—————————————————————————

Ikuti kami untuk mendapatkan kisah-kisah yang menarik di

Facebook : https://www.facebook.com/KisahMalaysia.Net
Instagram : https://www.instagram.com/kisahmalaysianet/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@muhdfaris009
Whatsapp : https://chat.whatsapp.com/I1RBATp5Ul72Xz1RQKXO67
Telegram : https://t.me/+o3Bh2AslpYUzY2E9

Share This Story

Berita Berkaitan